Tiada siapa yang mahu perkahwinan yang dibina hancur begitu sahaja, namun kalau dah tak sehaluan, rasanya lebih baik kalau berpisah dengan cara yang baik.
Buat seorang lelaki di Indonesia ini pula, dia telah bertindak mengambil semula barang-barang dan perabot di rumah selepas isterinya dikatakan meminta cerai, lapor Suara.com.
https://www.instagram.com/p/CbsQophrNib/?utm_medium=copy_link
Video kejadian itu telah tular di media sosial setelah dikongsikan oleh akaun Instagram memomedsos baru-baru ini.
Video tersebut turut ditemani kapsyen yang berbunyi “Lagi viral, barang seserahan di ambil lagi setelah cerai”.
Untuk pengetahuan semua, barang seserahan itu bermaksud barang hantaran majlis kahwin, mungkin sama seperti adat dalam majlis perkahwinan Melayu kita.
Boleh dilihat dalam video berkenaan, lelaki itu datang mengambil semula barang-barang yang pernah dihadiahkan kepada bekas isteri setelah mereka dipercayai telah bercerai dan kejadian itu turut disaksikan oleh jiran-jiran.
Bekas suami itu juga membawa trak pikap untuk mengangkut kesemua barang-barang hantaran terbabit. Ada barang rumah yang bersaiz besar seperti almari turut diambil semula.
Difahamkan, video itu pada mulanya dikongsikan oleh akaun Facebook yang dikenali sebagai Nok Ipeh. Pemilik Facebook itu turut mengatakan bahawa lelaki itu tidak tahu malu kerana tidak memberi nafkah kepada isteri sebaliknya pernah mengasari wanita itu.
Individu berkenaan juga mengatakan lelaki itu tidak dapat menerima hakikat bekas isterinya itu mahu bercerai jadi dia bertindak mengambil semula barang-barang berkenaan.
Ada juga netizen lain yang mengatakan bagus juga mereka bercerai kerana meyifatkan lelaki itu seorang yang berkira.
Selain itu, ada juga yang berpendapat dia tak sepatutnya mengambil semula barang-barang itu kerana telah menjadi milik wanita itu.
Dalam masa yang sama, ada juga yang mengatakan kita tak sepatutnya menyebelah mana-mana pihak sebab tak tahu perkara yang sebenar-benarnya berlaku.
Apa pula pendapat korang? Patut ke tak patut ambil balik barang hantaran kalau tiba-tiba suatu hari berlaku perceraian?
Sumber: Suara.com, Instagram @memomedsos