in

“Isteri kena tiru cara pelacur” – Muat Naik Komen ‘Panas’, Lelaki Dikecam Kerana Rendahkan Martabat Wanita

Isteri Kena Tiru Cara Pelacur

Dalam sesebuah perkahwinan, sama ada suami atau isteri haruslah saling menghormati antara satu sama lain dan juga cuba melengkapi kekurangan yang ada dalam diri masing-masing supaya rumah tangga rukun dan aman.

Pun begitu, janganlah si suami jadi seperti seorang individu yang viral baru-baru ini apabila dia memuat naik satu komen ‘panas’ di media sosial yang menyatakan isteri perlu mencontohi pelacur dalam memikat pasangan mereka.

E4Yish8Vuaag1Kb

Menurut Kosmo, screenshot yang tular itu telah mendapat kecaman netizen yang tidak berpuas hati dengan komen tidak senonoh individu tersebut selain ia disifatkan sebagai merendahkan martabat golongan isteri.

 

“Martabat isteri ni tinggi, bukan bawah pelacur” 

Rata-rata netizen di Twitter berpendapat komen individu berkenaan sangat tidak patut dan sebagai seorang suami individu itu juga bertanggungjawab dalam memberikan yang terbaik keapda isterinya supaya wanita tersebut boleh kelihatan cantik pada setiap masa.

Komen Suami Nak Isteri Pelacur

Apa-apapun diharap individu yang tinggalkan komen ini untuk berfikir dua tiga kali sebelum muat naik komen sebegini. Tak patut sama kan isteri dan pelacur. 

Baca: “Sweetnyaa!” – [VIDEO] Suami Bekas Tentera Minat Fesyen, Pilih Dan Siapkan Pakaian Isteri Tiap Hari

Fi Laki 1

Sumber: Kosmo
Sumber: Twitter