in

“Sweetnyaa!” – [VIDEO] Suami Bekas Tentera Minat Fesyen, Pilih Dan Siapkan Pakaian Isteri Tiap Hari

Fi Laki 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau kita cakap soal fesyen, semestinya kita setuju bahawa kaum wanita akan lebih cerewet dan teliti.


Namun lain pula cerita bagi seorang wanita ini, apabila suaminya yang dilihat lebih berminat dalam soal fesyen ni.

 

Suami sedia, gosok pakaian isteri

Baru-baru ni satu video yang dimuat naik oleh wanita ini telah viral, di mana dia mendedahkan bahawa suami banyak membantu menguruskan pemakaiannya.

Melalui posting di akaun TikTok @Najaha Nasarath ini, dia tidak mempunyai pembantu rumah untuk bantu menguruskan pakainnya setiap hari.

Namun apa yang menarik perhatian, suaminya dulu bertugas sebagai anggota tentera laut yang menyediakan pakaian hariannya.

Laki 1 1

Dapat dilihat dalam video tersebut, suaminya menyiapkan pakaian untuk Najaha. Bukan itu saja dari tudung, sampailah ke baju semuanya dipilih dan digosok oleh suaminya sendiri. Power betol!

Menurut Najaha juga, dia tidak terlalu kisah dengan outfit yang hendak dikenakan. Walau bagaimanapun dia memberitahu bahawa suaminya sangat meminati fesyen, dan sebab itu lah si suami begitu rajin nak menyiapkan pakaian yang sesuai untuk Najaha.

Video tersebut telah menarik perhatian ramai, dan sehingga kini ia telah meraih lebih dari 20k tontonan.

@najaha_nasarath

Husband Prepre my outfit. Ootd Saya berdasarkan Apa yang di sediakan oleh Suami. #fypシ #Mermatte

♬ Touch It (TikTok Remix) – Dj Viral TikToker

 

“Pandainya shuben mix & match”

Menjengah ke ruangan komen, ternyata hasil sentuhan suami betul-betul menjadi dan peroleh pujian oleh netizen. Ramai yang kagum dengan usaha suami Najahah, dan memuji pilihan fesyennya.

Reak Laki 1 Edit

Reak Laki 2 Edit

Reak Laki 3 Edit

Reak Laki 4 Edit

Sweet betullah suami macam ni, betul-betul saling melengkapi!

 

Baca : “Supaya aku tak bunuh kau satu hari nanti” – Isteri List Down Semua Kebaikan Suami

Foot Laki 1

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.