in

Isteri Disepak Suami Hingga Patah Dua Batang Gigi Kerana Tidak Tahan Kuat Membebel

Patah Gigi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kita sering mendengar kata-kata hikmat bahawa wanita itu perhiasan dunia. Kecantikan dan lemah lembutnya menenangkan hati para suami. Namun bagaimana pula jika lelaki berhadapan dengan wanita yang kuat membebel?

Apa-apapun jangan tiru kelakuan buruk lelaki ini. Akibat tidak tahan mendengar bebelan, seorang lelaki telah menyepak muka isterinya sendiri sehingga patah dua batang gigi, lapor Malaysian Digest.


21078678 10155673443392661 6006384619078340597 N
sumber: facebook

Kejadian yang berlaku di Jawa Timur pada 29 Ogos lalu bermula apabila wanita yang dikenali sebagai Nem sedang menunggu suaminya pulang ke rumah. Suaminya dikatakan telah keluar pada jam 9 malam dan akhirnya pulang pada jam 2 pagi. Amboi lewatnya! 

Sebaik sahaja suspek pulang, mangsa terus menyoal suaminya tentang kelewatan pulang ke rumah. Akibat dari pertanyaan itu, mereka telah berperang mulut sambil si isteri mengungkit mengapa lelaki itu tidak membalas SMS yang dihantar olehnya.

21191967 10155672621282661 8765429730329808145 N
sumber: facebook

Oleh kerana runsing dan lemas dengan bebelan si isteri yang berlebihan, lelaki tersebut telah memukul isterinya sehingga terjatuh dan menyepak mulutnya kuat. Tendangan tersebut menyebabkan dua batang gigi depan wanita tersebut patah. Aduh sakitnyaaa!

21106674 10155673443397661 1797296917655580956 N
sumber: facebook

Pun begitu, suspek berjaya ditahan polis dan kejadian tersebut mendapat perhatian jiran tetangga yang sedia maklum akan pergaduhan suami isteri itu.

Menurut suspek ketika disoal siasat, dia mengaku bahawa dia tidak dapat mengawal perasaan marah terhadap isterinya yang hanya pentingkan telefon bimbit. Ish, ish isteri dia ni pun…

Namun lain pula jawapan isterinya. Kata Nem,

“Saya nak marah sebab suami balik lambat, tapi saya kena marah balik. Saya main handphone cuma main Facebook dan YouTube, tidak ada niat lain.”

“Saya minta maaf kepada suami mungkin saya belum boleh menjadi isteri yang baik,” luah Nem bernada sedih.

21105445 10155672600287661 6704854751668841887 N
sumber: facebook

Suspek kini telah direman oleh pihak polis Ponogoro Jawa Timur untuk siasatan lanjut.

Isteri marah tu tanda sayang. Kalau dia tak ambil tahu langsung, dia takkan bebel-bebel kan? 

Baca: Isteri Dipukul Suami Akibat Bergaduh Kerana Ayam Tidak Dicuci Dengan Bersih

Pukul

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.