in

Isteri Disebelah, Suami Senyap-Senyap Buka Zip & Butang Penumpang Wanita Lain Dalam Pesawat

cabulmodel

Gila kan? Berani-berani dia buat kerja terkutuk tu. Lelaki warga India ini duduk diantara mangsa dan isterinya.

Ketika dalam penerbangan menuju ke Detroit dari Las Vegas, lelaki ini cuba buka zip, buka butang baju dan cuba meraba-raba mangsa wanita yang berumur 23 tahun ini ketika dia sedang tidur.

 

Cuba cabul mangsa ketika sedang tidur

4d4cb4d4506a10c34585bbdf7c4f0652
Sumber : news.co.au

Menurut sumber, mangsa terbangun dan mula sedar bahawa ada ‘benda’ bergerak di badannya, kemudian dia melihat tangan suspek berada di dalam baju mangsa. Mangsa terkaku.

 

Dipenjara 9 tahun, dihalau dari US dan dihantar ke negara asal

cabul
Sumber : news.co.au

Suspek, Prabhu Ramamoorthy yang menetap di Detroit menggunakan visa pekerja sejak 2015 telah didakwa dan dijatuhkan hukuman penjara 9 tahun sebelum diusir keluar dari negara asalnya.

Pada mulanya, pendakwa meminta hukuman hampir 11 tahun dikenakan, tetapi Hakim Daerah AS Terrence Berg menetapkan tempoh sembilan tahun.

Pendakwa raya, Matthew Schneider menganggap mangsa seorang wanita berani apabila tampil bagi mempertahankan maruah dirinya.

 

Baca : Tahu Tak Bertepuk Tampar Tu Boleh Dianggap Cabul? Baca Penjelasan Polis Ini

cabul 768x404 1