in

Tahu Tak Bertepuk Tampar Tu Boleh Dianggap Cabul? Baca Penjelasan Polis Ini

Cabul

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ada tak korang rimas dengan kawan atau kenalan yang tangannya tak reti duduk diam? Sikit-sikit nak pegang, nak cuit, macam-macam jenis sentuhan lah!


Biarpun si dia tu hanya suka-suka, tapi  jika tak disenangi sebenarnya ia dah boleh dianggap sebenarnya cabul tau! Admin sendiri baru tahu pasal hal ni, kalau tak percaya baca penjelasan daripada ASP Radhiah  binti Mamat, dari Bahagian Siasatan Seksual Wanita & Kanak-Kanak Ibu Pejabat Kontijen Kuala Lumpur (IPK Kuala Lumpur) mengenai isu ini.

 

Penjara 10 tahun, Denda atau sebat atau kedua-duanya sekali.

Img 20171016 130330

Menerusi sumber, kalau orang yang anda sentuh itu di bawah usia 18 tahun, selepas pindaan Julai lalu di bawah Akta Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,  kesalahan ini terletak di bawah Seksyen 14 yang membawa hukuman penjara 20 tahun dan juga sebat.

“Sabit kesalahan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan, hukuman penjaranya 10 tahun, denda atau sebat atau kedua-duanya sekali.”

Untuk pengetahuan kalau orang yang disentuh itu di bawah usia 18 tahun, di bawah Akta Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,  kesalahan ini terletak di bawah Seksyen 14 yang membawa hukuman penjara 20 tahun dan juga sebat.

“Tak kira, lelaki sama lelaki. perempuan dengan perempuan atau berlainan jantina, asal aduan dibuat, boleh disiasat di bawah seksyen ini.”

 

Lokasi-lokasi yang selalu terjadi.

Bukannya apa, ia kadang-kadang selalu berlaku di tempat awam, kadang-kadang mereka berpura-pura tak sengaja.

Antara tempat yang sering terjadi adalah kata ASP Radhiah ia sering berlaku di dalam pengangkutan awam seperti LRT, bas, komuter selain di pusat membeli-belah. Tak kurang juga kejadian kerap berlaku di sekolah, tempat kerja dan sebagainya.

“Kalau kejadian berlaku di tempat awam, jerit sekuat hati untuk menarik perhatian masyarakat yang boleh bersama-sama menangkap suspek. Kalau sempat ambil gambarnya dan datang terus ke balai polis.

Jika berlaku di pejabat, datang ke balai dan kita akan memanggil suspek ke balai. Jika di sekolah atau asrama, adu kepada guru yang bertugas supaya hal ini dapat diselesaikan.

Pihak polis tiada spesifik  tentang masa laporan. Bila-bila pun boleh. Lagi cepat lagi bagus kerana cabul ini tiada kesan seperti air mani sebagaimana kes rogol. Asal ada laporan, pihak polis akan jalankan siasatan,” katanya memaklumi pihak polis menerima banyak aduan berkaitan kes-kes ganguan seksual dan berharap  masyarakat menyedari hak mereka.”

 

Suspek boleh dibawa ke muka pengadilan.

Img 20171016 130454
Sumber : remaja

Ramai yang anggap perkara ini satu gurauan, mungkin ya bagi si pelaku tapi tidak kepada si mangsa! Inspektor Nurul Akma memaklumkan ramai beranggapan perbuatan itu gurauan semata yang mana mereka akan sama-sama mentertawakan mangsa.

“Semua dianggap gurauan. Tapi jika pengadu membuat laporan kerana berasa tidak selesa dengan perlakuan itu, kita akan jalankan siasatan,

Ada dua kemungkinan. Sama ada mangsa malu dan kedua lebih senang diamkan diri dan kerana itulah tiada tangkapan dibuat terhadap suspek,”katanya memaklumi tiada justifikasi “muka ganas” atau “muka baik” pelakunya tetapi  perbuatan  ini adalah satu jenayah yang tidak wajar dipandang remeh.”

Tambah lagi, kalau pasangan bercinta tapi satu pihak tak menyukainya  pun oleh diambil tindakan tau!

“Tak Kisah Mereka Pasangan Kekasih, Kalau Memang Pada Masa Kejadian Seperti Dilaporkan, Kita Tetap Akan Siasat. Kalau Terbukti, Kita Akan Bawa Suspek Ke Muka Pengadilan.

“Samalah kalau mereka tinggal di asrama. Mungkin sekadar gurau-gurau tetapi perbuatan menyentuh mana-mana anggota tanpa kerelaan adalah satu jenayah iaitu cabul,”katanya menasihati remaja  untuk memahami hak.

 

Baca : Cabul Bakal Menantu Untuk Uji Jika Masih Dara

Cabul Menantu 768X404 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.