Tentera Pertahanan Israel (IDF) kini berdepan krisis besar susulan semakin ramai anggota berpangkat pegawai sederhana hingga rendah tidak mahu lagi meneruskan perkhidmatan ketenteraan.
Menerusi data dalaman yang didedahkan pada 1 Disember 2025, didapati hanya 63 peratus pegawai bercadang untuk kekal dalam perkhidmatan, berbanding 83 peratus pada 2018, manakala peratusan pegawai pangkat rendah menurun kepada 37 peratus daripada 58 peratus lima tahun lalu.
Laporan mendedahkan IDF kekurangan kira-kira 1,300 pegawai berpangkat leftenan dan kapten, selain 300 pegawai berpangkat major.
Artikel berkaitan: Ribuan Rakyat Israel Sanggup Berpanas Sejak Awal Pagi, Gara-gara Nak Mohon Jadi Warganegara Portugal
Artikel berkaitan: “Kami seperti tinggal di Jurassic Park” – Penduduk Israel Kini ‘Diserang’ Ular
Antara faktor yang menyebabkan krisis kekurangan tenaga kerja itu termasuk tekanan akibat perang, keletihan, perubahan kepimpinan dan kekecewaan terhadap suasana kerja turut memburukkan keadaan.

IDF sejak bertahun-tahun bergelut mengekalkan anggota kerana sektor awam menawarkan pendapatan lebih tinggi dan tekanan kerja yang lebih rendah.
Seramai 600 anggota perkhidmatan tetap kini memohon bersara awal, manakala pegawai muda dipromosikan lebih cepat bagi menampung kekosongan.
Ekoran itu, Ketua Staf IDF Leftenan Jeneral Eyal Zamir akan memperbaharui pelan latihan baharu untuk tahun hadapan bagi mengimbangi beban kerja para tentera.
Difahamkan, IDF dipercayai memerlukan 12,000 rekrut baharu dengan segera untuk menangani tekanan terhadap pasukan sedia ada dan simpanan.
Sumber: Sinar Harian
