in

Intern Tesco Mutiara Damansara Positif COVID 19, Namun Tesco Tetap Buka Seperti Biasa Pagi Ini

Mutiara Damansara Covid

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau semalam agak mengejutkan juga apabila mendapat tahu Kluster One Utama mempunyai pertambahan kes sebanyak 63 orang yang positif COVID 19, kali ini Tesco Mutiara Damansara pula terkena tempiasnya. Tesco Mutiara Damansara dengan One Utama ni sebelah menyebelah je tau!

Menurut New Straits Times, seorang intern di Tesco Extra di Mutiara Damasara telah disahkan positif COVID 19. 


Tesco

Menerusi kenyataan rasmi Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd semalam di Facebook, pihak mereka dimaklumkan hal tersebut oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

https://www.facebook.com/TescoMY/photos/pcb.3596152087089339/3596151830422698/

 

“Tesco sedang bekerjasama dengan KKM untuk memastikan kesihatan dan keselamatan rakan-rakan sekerja yang mungkin adalah kontak rapat kepada pelatih tersebut. 

“Sementara itu, Tesco mengambil langkah proaktif dengan membasmi kuman dan membersihkan secara mendalam di cawangan Tesco Extra Mutiara Damansara pada malam ini (Rabu) sebagai langkah berjaga,” tulis kenyataan tersebut.

Menurut pihak Tesco lagi, mereka akan membuka cawangan tersebut seperti biasa pada pukul 10 pagi Khamis, 15 Oktober (hari ini).

“Keselamatan rakan sekerja dan pelanggan tetap jadi keutamaan kami, dan kami mempunyai langkah-langkah pencegahan untuk memastikan keselamatan semua orang. 

“Ini termasuk pemeriksaan suhu badan di pintu masuk, pendaftaran pelanggan melalui aplikasi MySejahtera, panduan penjarakan fizikal di lantai dan sanitasi kerap bagi kawasan tumpuan pelanggan seperti kaunter pembayaran, troli dan tandas,” katanya lagi.

Makin berjangkit dari satu mall ke satu mall ni. Haish takut pula admin.

Baca: Staf Machines Di Mid Valley Pula Positif Covid-19

Mid

Sumber: NST

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.