Wanita yang dikenali sebagai ‘Inspektor Sheila’ sekali lagi mencuri perhatian selepas didakwa mencetuskan kekecohan apabila dia mempertikaikan tindakan anggota polis menahan seorang lelaki warga asing, seperti tular di media sosial.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata pihaknya kini sedang menyiasat insiden yang berlaku pada Selasa kira-kira jam 9.30 malam di hadapan sebuah restoran di Jalan Ipoh.
Ketika kejadian, sepasukan anggota polis menahan seorang lelaki warga Pakistan berusia 34 tahun yang bekerja di sebuah kedai pakaian kerana didapati memandu tanpa lesen yang sah.
Artikel berkaitan: Timbulkan Kegusaran Awam Dengan Menjerit & Bunyikan Hon, Inspektor Sheila Didakwa Lagi
Artikel berkaitan: “Awak buat saya kagum!” – Inspektor Sheila ‘Cair’ Tengok Iqbal Pakai Baju Tradisional India

Menurut Fadil, ketika pemeriksaan dijalankan ke atas lelaki warga asing itu, wanita terbabit datang dari arah belakang sambil menuduh anggota polis mengugut lelaki Pakistan berkenaan.
“Wanita itu dikenal pasti sebagai Sheila, iaitu pegawai polis yang ditahan kerja sejak 23 Jun 2023. Dia turut menuduh anggota yang bertugas tidak mengetahui undang undang serta memperlekehkan pihak polis dalam kejadian itu,” katanya.
Susulan itu, kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 berkaitan kelakuan menghina atau mengganggu ketenteraman awam.
Sumber: Berita Harian
