in

“Awak buat saya kagum!” – Inspektor Sheila ‘Cair’ Tengok Iqbal Pakai Baju Tradisional India

Inspektor Sheila Puji Iqbal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tidak lama dulu, pempengaruh dan usahawan Iqbal Zulkefli pernah menarik perhatian ramai apabila dia memaklumkan ingin mengenali pegawai polis wanita, Inspektor Sheila dengan lebih dekat.


Terbaharu, pegawai polis yang pernah tular dengan beberapa video kontroversi itu memuji Iqbal yang memuat naik beberapa gambar mengenakan pakaian tradisional India di Facebook.

Menerusi hantaran Sheila atau nama sebenarnya S.K. Sheila Sharon, dia akui terkejut melihat kekacakan Iqbal memakai busana berkenaan.

Screenshot 2023 08 03 112059

“Awak nampak sangat handsome dalam pakaian tradisional India! Awak kelihatan seperti seorang raja.

“Lelaki Melayu kalau pakai pakaian tradisional India, Shah Rukh Khan pun boleh kalah. Apapun, awak dah boleh berlakon dalam filem Tamil dengan saya, jom,” katanya.

Dalam pada itu, Sheila turut meluahkan rasa kagum apabila Iqbal menulis namanya dalam bahasa Tamil dalam ruangan kapsyen di akaun usahawan itu.

“Manisnya awak, tulis namamu ‘Ahmad Iqbal Zulkefli’ dalam bahasa Tamil?! Terima kasih kerana menghargai bahasa, tradisi dan budaya Tamil.

“Saya nak beritahu yang awak telah membuatkan saya sangat kagum,” katanya lagi.

Bukan itu saja, Sheila yang membalas komen Iqbal juga menyatakan dia kini lebih tertarik kepada Iqbal.

“You pakai apa sekali pun memang hensem. Orangnya dah dilahirkan hensem. Tapi kali ini, awak buat I terlebih tertarik dekat you pula.

Rata-rata netizen yang meninggalkan komen di hantaran tersebut turut memuji pemakaian Iqbal yang dilihat tampak segak dan bergaya.

Baca: “Tiada peluang untuk saya?” – Inspektor Sheila Cari Lelaki Kurus & Pandai English, Ini Respon Iqbal
Iqbal Berkenan Dengan Sheila Kena Reject

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.