in

Insiden Christchucrh: Terharu! Seluruh Dunia Bersatu Menunjukkan Sokongan Kepada Umat Islam

Feat 11

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jumaat lalu, 50 nyawa telah terkorban di dalam serangan tembakan rambang di dua masjid di Christchurch, New Zealand.


Tapi, disebalik kekejaman dan kebencian yang ditunjukkan oleh pengganas tersebut, seluruh dunia telah bersatu padu menunjukkan soladiriti mereka terhadap Muslim yang terkorban dalam insiden ini.

D11Jryougaajkz3

Stadium di Wellington yang biasanya dipenuhi dengan sorakan peminat sukan telah dibanjiri dengan puluhan ribu warga New Zealand dari pelbagai bangsa dan agama untuk menunjukkan tanda sokongan mereka terhadap umat Islam di negara tersebut.

Collage 15

Manakala sokongan sama ditunjukkan di Masjid Al-Noor di Christchurch apabila kumpulan Mongrel Mob telah menunjukkan simpati mereka kepada keluarga mangsa yang terkorban dan Mangu Kaha pula membuat persembahan Haka di hadapan tersebut.

Dua kumpulan bikers dari suku Maori ini merupakan kumpulan yang paling digeruni di New Zealand. Namun atas dasar kemanusiaan, mereka sanggup bersama-sama dengan yang lain untuk memberi penghormatan dan lambang kesatuan mereka berhubung insiden terbabit.

Paki Aussie

Di Pakistan dan Australia pula, pemain-pemain kriket dan bola sepak negara terbabit mengambil masa beberapa minit bagi mengingati mangsa tembakan rambang di Christchurch.

106056688 11064856 6816177 Image M 75 1552715734661

Bukan itu sahaja, bangunan The Empire State of New York yang biasanya terang-benderang bertindak menutup lampu ikonik mereka itu sebagai lambang soladiriti.

“Lampu kami akan kekal gelap malam ini sebagai tanda simpati kepada mangsa tembakan di Christchurch, New Zealand.” @empirestatebldg

106057001 11065066 6816177 Image A 76 1552715792992

Pendekatan sama turut diambil Perancis dengan menutup lampu Eiffel Tower pada malam kejadian.

“Sebagai penghormatan kepada mangsa Christchurch di New Zealand, saya akan tutup lampu dengan lebih awal malam ini, sebelum tengah malam. – @LaTourEiffel

Berikut merupakan bentuk sokongan yang ditunjukkan di beberapa tempat lain:

London
Satu protes di london telah diadakan di luar finsbury park mosque. Ramai orang dari latarbelakang bangsa dan agama yang berbeza turut sama menyertai protes ini.
106058328 Nyccandlesatwashingtonsquareparkvigil
Lilin sebagai tanda penghormatan telah dinyalakan di washington park, new york.
1Bd9C348 0A8B 46A6 88D4 6Cb347621369 5027
Daun paku pakis berwarna perak yang sinonim dengan lambang new zealand ini kelihatan terpancar di sydney opera house, australia sebagai tanda penghormatan.
Af7Cf779 B776 46C8 81D5 Db5A1B617C4F 5029
Beberapa mercu tanda di melbourne telah dinyalakan dengan warna bendera new zealand.
8B4D5E92 D621 423B B051 20Ed675184D4 5043
Di toronto, canada, beberapa umat islam dan warga canada telah berkumpul untuk menyatakan simpati mereka terhadap mangsa-mangsa yang terkorban di christchurch.

Allahuakhbar, terharu bila tengok ramai orang sanggup berkumpul dan bersatu-padu bagi menunjukkan sokongan mereka terhadap umat Islam dan tentangan mereka terhadap keganasan seperti ini. Al-fatihah.

 

Baca: Inilah Wajah-wajah Mangsa Tragedi Jumaat Berdarah Christchurch, Warga Twitter Sepakat Buat #49lives Sebagai Tribute

Screenshot 2019 03 18 At 11.58.04 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.