in

“Ini soal nyawa” – Che Ta Sanggup Tolak ‘Job’ Kalau Ada Selebriti Atau Krew Tak Nak Vaksin

Collage 18

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Macam yang korang tahu, kerajaan baru-baru ini telah pun membenarkan industri kreatif untuk menjalani penggambaran semula namun perlu mengikut SOP dan syarat yang ditetapkan.


Tapi ada segelintir dakwaan mengatakan pihak produksi telah bertindak untuk membenarkan penggiat seni bekerja tanpa vaksinasi.

Ekoran ini, pelakon Rozita Che Wan atau sering menggelarkan dirinya Che Ta telah menyuarakan pendapatnya mengenai perkara ini, lapor Utusan.

Orang macam itu tidak bertanggungjawab. Kena ikut peraturan yang telah ditetapkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas). Kalau Finas tahu, lesen boleh ditarik semula.”

Tegasnya, Che Ta enggan ambil risiko sekiranya produksi enggan mengikut syarat yang dibuat lebih-lebih lagi apabila wabak ini melibatkan nyawa serta merisikokan keselamatannya dan anak kecilnya di rumah.

Jangan kerana tidak mahu vaksin, awak melibatkan orang lain pula. Kena bertanggungjawab dan adil. Saya tidak mahu ambil risiko, di rumah ada anak kecil.”

Tambahnya lagi, sebagai pemilik produksi Padusi Pictures, dirinya juga amat mengambil berat soal vaksin dalam kalangan kru dan pelakon untuk memastikan penularan wabak ini dapat dibendung.

Dalam menyesuaikan diri dalam norma baharu, bab SOP jangan ambil mudah. Ini soal nyawa, Covid-19 boleh membawa maut. Sentiasa sarung pelitup muka, jangan letak di dagu.”

Betul juga cakap Che Ta ni, lagi-lagi kita sebagai ibu bapa bukan hanya kena fikir kesihatan diri sendiri je, anak dekat rumah pun berisiko kalau ada orang lain yang ambil mudah.

 

Baca: “Dah macam pergi red carpet” – Netizen Terpegun Tengok Pakaian Che Ta Masa Pergi Suntik Vaksin

Screenshot 2021 09 09 At 1.11.47 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.