Pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan atau lebih dikenali dengan Che Ta sekali lagi menjadi buah mulut netizen apabila mengenakan pakaian yang cantik dan glamor ketika keluar mendapatkan suntikan vaksin keduanya baru-baru ini.
Menerusi video dan beberapa gambar yang dimuat naik di Instagram, Che Ta mengenakan persalinan jubah berwarna perak, lengkap dengan aksesori dan beg tangan mewah.
Pada ruangan kapsyen hantaran-hantaran ‘ootd’ tersebut Che Ta secara berseloroh mengatakan memang sengaja mengenakan pakaian yang agak ‘meletup’, risau pakaiannya reput bila disimpan terlalu lama tanpa dipakai.
“Masa sekarang ni, nak simpan baju lawa lawa takut qeput. tak kisahlah duduk rumah ka, p vaksin ka, melaram ja lah , tk tau bila lagi buleh p meladi ni”
Tambahnya lagi, beliau dengan bermurah hati ingin menghadiahkan 10 tudung bawal, cheese cake dan juga minyak wangi kepada 10 frontliners terawal.
View this post on Instagram
Menerusi ruangan komen, ada yang ‘mengusik’ Che Ta kerana tidak memakai gelang dan cincin seperti yang kelihatan semasa ber-‘OOTD’ sebelum itu. Persoalan tersebut dijawab dengan gurauan yang beliau risau diragut sekiranya memakai sebegitu.
Ruangan komen juga dibanjiri rakan-rakan artis yang sememangnya tahu yang Che Ta pastinya ingin tampil ‘meletup’ sentiasa. Ramai yang memuji kecantikan pakaian selain gaya yang dikenakan oleh artis berkenaan walaupun hanya untuk mengambil suntikan vaksin.
Memang lawa baju Che Ta, dah macam nak pegi acara red carpet!