in

Ini Senarai 22 Negara Yang Menentang Penindasan Etnik Uighur Di Xinjiang. Di Mana Malaysia?

Untitled Collage 61

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penindasan ke atas etnik Uighur di Xinjiang bukan lagi perkara rahsia, bahkan baru-baru ini pun beberapa dokumen sulit kem tahanan di wilayah itu telah dibocorkan — sekali gus menimbulkan kemarahan masyarakat antarabangsa.


Banyak yang telah dimaklumkan kepada kita tentang pelbagai bentuk penindasan yang dilakukan ke atas etnik ini, membuatkan kita terfikir — ‘apa’ sebenarnya mereka ini? Kalau hendak disamakan dengan binatang sekali pun, mulia lagi binatang kerana masih memiliki sifat kasih dan belas ihsan.

Gettyimages 88874417

Julai lalu, satu laporan dikeluarkan The Diplomat — menyenaraikan 22 negara di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang bersepakat menentang kekejaman pemerintah China terhadap etnik Uighur.

Kumpulan 22 negara ini menandatangani sekeping surat yang ditujukan kepada Presiden Majlis Hak Asasi Manusia PBB dan Pesuruhjaya Tinggi PBB Bagi Hak Asasi Manusia, menggesa China menamatkan program tahanan besar-besaran di Xinjiang.

Ini adalah surat tersebut, dan berikut adalah senarai negara-negara yang menyatakan tentangan mereka secara terbuka terhadap China.

China1

Menarik untuk dibincangkan, kerana tiada satu pun negara Islam tersenarai di antara 22 negara yang bersolidariti bersama masyarakat Uighur.

Dalam nota lain, Amerika Syarikat pun boleh termasuk dalam senarai ini sebab Presiden Donald Trump telah pun secara terbuka menyuarakan kecamannya terhadap China berhubung isu etnik Uighur baru-baru ini.

Selain 22 negara ini, perlu diketahui juga ada 37 negara lain yang turut menghantar surat — bukan menentang, tetapi menyokong polisi kejam Beijing.

Mengikut laporan The Associated Press pula, 37 negara ini menyifatkan China telah melakukan satu ‘remarkable achievements’ menerusi ‘program pendidikan semula politik’ di negara itu.

China sebelum ini berulang kali mendakwa dan mencirikan kem tahanan tersebut, sebagai kem pendidikan vokasional buat etnik Uighur.

Reuters pula melaporkan, 37 negara tersebut turut mewajarkan kem tersebut dan berkata ia adalah satu langkah yang wajar dibuat China dalam menangani peningkatan aktiviti keganasan ketika ini.

Berikut adalah senarai 37 negara yang menyokong Beijing.

China2

China3

Jika tadi kita lihat betapa negara-negara Eropah menolak polisi kejam Beijing, namun dalam senarai di atas — amat mengejutkan apabila ia disertai oleh senarai negara-negara Islam di Timur Tengah, termasuk Arab Saudi sendiri.

Namun bagi Asia, Malaysia dan Indonesia nampaknya tidak menjadi suara kepada etnik Uighur.

Meskipun banyak yang telah aktivis lakukan untuk menjadi wakil buat masyarakat Uighur yang ditindas, namun dua negara ini setakat ini — masih belum menandatangani sebarang dokumen menentang pencabulan hak asasi manusia ke atas etnik tersebut.

 

Baca: “Kena paksa murtad” – 9 Jenis Penindasan Terhadap Muslim Uighur Di Kem Tahanan Xinjiang

Capture 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.