Seperti yang semua tahu, usahawan kosmetik, Sajat yang kini dalam buruan polis selepas gagal hadir perbicaraan di mahkamah telah memuat naik video mengatakan yang dia berniat untuk keluar dari agama Islam.
Saya cakap ini bukan saya nak mengugut ke tak. Secara sumpah demi nama saya, nama ayah saya, nama mak ayah saya, saya dah tak nak menjadi orang Islam.
Saya keluar daripada Islam. Itu lebih afdal. Saya tak main-main, saya cakap betul.
Ekoran dari kenyataan tular ini, Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) telah keluarkan surat terbuka untuk Sajat menerusi Awani.
Kami sangat yakin Sajat melafaz pernyataan tersebut dalam keadaan tertekan
Mohd Azmi Abdul Hamid mengatakan, pihaknya bersedia untuk berjumpa dengan Sajat ekoran video mengatakan yang dia mahu keluar daripada Islam.
Kami amat insaf akan kekhilafan yang berlaku dan mengambil perhatian mengenai apa yang dinyatakan itu.”
Menurutnya lagi, dia yakin masyarakat Islam ambil berat dengan insiden ini dan merasa sedih dan kecewa dengan apa yang berlaku.
MAPIM juga turut bersimpati dengan semua pihak yang mahu selesaikan isu ini dan berharap dapat mengawal keadaan agar isu ini dapat dikendalikan dengan baik.
Sesungguhnya, apa yang mahu dicapai ialah Sajat, dengan penuh keinsafan, kekal dalam Islam.
Kami sangat yakin Sajat melafaz pernyataan tersebut dalam keadaan tertekan dan emosi yang tidak terkawal dan tidak dari lubuk hati yang sebenar.”
Tak cukup dengan itu, Azmi turut berharap orang ramai tak burukkan lagi keadaan dan menterjemah rasa kasih sayang antara satu sama lain dan selamatkan saudara segama agar kembali bantu-membantu demi kebaikan.
Demi Islam dan demi maruah dan kesucian Islam kami dengan penuh harapan dan berdoa agar Sajat menjadi insan yang menyumbang kepada agama, bangsa dan negara dan tidak bertindak keluar Islam.”