Sejak semalam, tular di media sosial mengenai isu pereka fesyen terkenal, Rico Rinaldi telah dikecam netizen gara-gara menggunakan model ‘mat salleh’ untuk menggayakan pakaian koleksi Hari Raya Aidilfitri.
Oleh sebab isu tersebut makin mendapat kecaman ramai, Rico akhirnya memilih untuk menjelaskan sebab di sebalik beliau memilih model ‘bukan muslim’ bagi memperagakan pakaiannya.

“Aku ada tanya ustaz…”
Menerusi perkongsian panjang lebarnya di Twitter, Rico memberitahu sebab dia memilih model bukan muslim ialah kerana isu ini pernah ditanyakan kepada seorang ustaz, sama ada berdosa atau tak dia mendedahkan aurat wanita.
Menurut ustaz berkenaan, secara mutlak mendedahkan aurat wanita tetap haram tapi jika ia adalah ‘keperluan’ untuk pekerjaan, syarikat dan lain-lain, dedah aurat non-muslim adalah harus.


Walau bagaimanapun, dia juga pernah saja menggunakan model muslim dan selalunya mereka berhijab atau menutup aurat.
Katanya lagi, dia juga mempunyai sebab tidak menggunakan semua model muslim yang berhijab atau menutup aurat sahaja sebab perlu tunjukkan setiap inci rekaan pakaian itu kepada pengguna.
Malah pendapat netizen yang meminta dia menggunakan dua model (satu berhijab dan satu lagi non muslim) agak tidak relevan kerana ia memakan kos yang agak tinggi.
Aku tau orang kat sini tak akan baca ? Tp ini pendirian aku. 99% mungkin still tak akan terima tp InsyaAllah 1% akan baca dgn fikiran yg lebih jauh. Masing2 ada pendirian masing2. Thank you yg dah shopping n yg belum shopping better cepat kang habis stock kt website ? pic.twitter.com/KlBvSZ6VRB
— Rico Rinaldi (@ricorinaldi) March 3, 2022
“Dalam bidang ni korang takleh tangkap muat je”
Selain itu, dia juga menjawab soalan mengapa tidak memilih model dari kaum lain seperti Kadazan, Iban, Cina, Indian dan lain-lain.
Menurutnya, perkara ini mengikut pendirian brand itu tersendiri kerana setiap darinya mempunyai direction dan target audience tersendiri.
Malah mengenai isu mengapa tidak menggunakan model yang petite pula, menurut Rico, tak semua orang di luar sana bersaiz petite. Jadi adalah lebih baik pembeli menggunakan sizing chart sebagai panduan dalam pemilihan pakaian.
— Rico Rinaldi (@ricorinaldi) March 3, 2022
Apa-apapun diharapkan netizen kat luar sana tak menjadikan perkara ini sebagai isu besar. Pakaian daripada Rico juga memang cantik-cantik belaka. Bolehlah usyar untuk raya nanti!
Baca: “Kenapa pakai model omputih?” – Netizen Kecam Rico Rinaldi Tak Guna Model Melayu Untuk Baju Raya

