in

Ini Kisah Sedih 5 Orang Doktor Yang ‘Terkorban’ Ketika Menangani Wabak Covid-19!

Ssahnya Nak Tidur 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Wabak Covid-19 ini telah memberi impak yang besar pada masyarakat di seluruh dunia, tambah-tambah lagi ianya sangat terkesan pada mereka yang kehilangan ahli keluarga.


Petugas frontliner bekerja keras dalam membantu menangani wabak ini hingga ada yang meninggal ketika berhadapan dengan wabak ini.Syurgalah tempat kalian…

Ini adalah 5 orang doktor yang meninggal dunia disebabkan Covid-19 di seluruh dunia, dipetik dari Sinar Harian.

1. Dr. R Vishna, Malaysia

Vish

Dr R Vishna atau lebih dikenali sebagai Vish, merupakan doktor yang bekerja di Hospital Kebajikan Wanita Birmingham, United Kingdom.

Walaupun kerja di UK, doktor ini merupakan warga Malaysia dan telah mengharumkan nama negara kita.

Ketua Eksekutif hospital itu, Sarah-Jane Marsh menyifatkan Vish seorang doktor yang mempunyai kemahiran tinggi, lapor BBC.

Kematian Vish adalah sesuatu perkara yang di luar jangkaan dan memberi impak besar terhadap isteri, anak perempuannya dan bidang Neonatal.” – Sarah-Jane Marsh

Pada 24 April 2020 doktor ini dilaporkan meninggal dunia selepas menerima rawatan akibat jangkitan Covid-19.

2. Dr. Michael Robert Marampe, Indonesia

Michele

Salah seorang doktor muda yang meninggal disebabkan wabak ini, Michael disahkan meninggal ketika menerima rawatan di Rumah Sakit Polri Kramat Jati, Bogor.

Difahamkan, doktor yang berumur 28 ini meninggal pada hari yang sepatutnya dia kahwin dengan tunangnya iaitu Tri Novia Septiani.

Allahu, kesiannya…

3. Dr. James A Mahoney, Brooklyn

James

Doktor ini telah berkhidmat di dalam bidang perubatan selama 40 tahun. Doktor yang berumur 62 tahun ini sepatutnya sudah bersara, tetapi masih menjalankan tugas demi menyelamatkan pesakit Covid-19.

Ketika pandemik Covid-19 merebak di NewYork, doktor ini bekerja tanpa henti di SUNY Downstate Medical Centre dan dia dikatakan membantu merawat pesakit yang mempunyai masalah kewangan.

Menerusi CBS News, rata-rata doktor yang berusia seperti beliau sudah lama berhenti selepas melihat pesakit Covid-19. Hal ini kerana usia mereka berisiko lebih tinggi dalam terkena jangkitan.

Beliau disahkan positif covid-dan meninggal dunia pada 27 April di NYU Langone Hospital.

4. Dr. Li Wenliang, China

Dr Li Wenliang

Siapa yang tidak kenal dengan doktor ini, yang dulu pernah viral memberi amaran tentang Covid-19 ini.

Doktor yang berusia 34 tahun dan bekerja di hospital Wuhan ini pernah menggemparkan dunia dengan video amaran tersebut. Pada mulanya video itu dimuat naik di Weibo kemudian ianya menjadi tular di media sosial.

Walaubagaimanapun, beliau disahkan meninggal pada 7 Februari di Hospital tempatnya bekerja.

5. Dr. Saad Al-Dubbaisi, Manchester

Saad

Doktor yang dilahirkan di Iraq berusia 59 tahun ini, telah bekerja di bandar Greater Manchester selama 20 tahun. Dokter ini meninggal dunia pada 3 Mei setelah beberapa minggu dijangkiti Covid-19.

Apa yang menarik tentang doktor ini, sikapnya yang penyayang bukan sahaja pada keluarga malah dia beri pada pesakit Covid-19.

Menerusi health watch bury, berita kematiannya telah membuatkan ramai masyarakat di kawasan itu sedih.

 

Baca: “Patutnya dia hidup bahagia…” Doktor Wuhan Maut Selepas Disahkan Positif Coronavirus Pada Tarikh Perkahwinan

Annotation 2020 05 27 113101

 

 

 

 

Sumber: The Star
Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.