Walaupun vaksin Covid-19 masih lagi dalam kajian para saintis, namun ada berita gembira menanti semua rakyat Malaysia buat ketika ini.
Menurut Harian Metro, Reza Huzairi Zainudin yang merupakan bekas pesakit Coronavirus telah menderma plasma darahnya dalam membantu rawatan pesakit Covid-19 yang lain. Alhamdulillah, akhirnya ada jugak yang boleh membantu.
Plasma darah lelaki yang berusia 41 tahun ini didapati cukup sihat dan sesuai untuk membantu pesakit yang kritikal setelah memenuhi semua kriteria yang diperlukan untuk menderma.
Dia telah menjalani proses pendermaan plasma darah pada 2 April lalu di Pusat Darah Negara.
Namun, mengikut pakar kesihatan, bukan semua bekas pesakit wabak ini boleh mendermakan plasma darah mereka kerana penderma harus berada dalam kesihatan yang optimum dengan tidak menghidapi sebarang penyakit kronik dan tidak mengambil ubat pada jangka masa panjang.
Plasma darah pesakit yang telah sembuh akan memberi harapan kepada pesakit kritikal yang lain kerana bekas pesakit telah memiliki antibodi untuk melawan virus.
Kita sama-sama doakan agar rawatan plasma darah ini akan berjaya merawat lebih ramai pesakit.
Baca: Dulu Cakap Tak Perlu, Kini WHO Sokong Orang Ramai Pakai Topeng Muka Di Tempat Awam