Baru-baru ini, kecoh di media sosial isu seorang peminta sedekah bernama Makcik Maznah yang telah ditemui oleh seorang warga Twitter dekat sebuah pasaraya di Batu Caves, Selangor.
Menerusi perkongsian warga Twitter bernama Awanis Rasdi, makcik itu katanya terpaksa meminta sedekah kerana suaminya baru saja diberhentikan kerja gara-gara pandemik COVID 19 dan keluarganya kini hilang sumber pendapatan.
Dimaklumkan juga anaknya yang berusia 15 tahun kini tidak bersekolah kerana ekonomi keluarganya yang tidak stabil.
Pun begitu, ada di kalangan netizen yang membongkarkan kononnya makcik ini tinggal di hotel dan sering dihantar anaknya menaiki kereta untuk meminta sedekah telah menimbulkan persepsi bahawa makcik ini seorang ‘scammer’.
Walau bagaimanapun, susulan daripada hangatnya kisah tersebut, Cikgu Mohd Fadli Salleh menerusi perkongsian Facebooknya telah pergi mencari makcik tersebut dan semalam dia bersama Awanis bertemu dengan Makcik Maznah untuk merungkai segala masalah yang dihadapinya.
Susah sejak 2014, selalu berpindah randah hingga anak berhenti sekolah
Menurut mStar, makcik ini sebenarnya susah semenjak 2014 lagi apabila suaminya berhenti kerja sebagai tukang masak. Malah lebih memburukkan keadaan, apabila mereka kena halau keluar dari rumah dan mula sewa bilik.
“Sejak dari itu anak berhenti sekolah. Masa tu anak darjah 3. Selalu pindah-pindah, susah nak sekolah katanya. Anak tunggal, seorang saja. Perempuan. Sekarang anak sepatutnya form 3.
“Mohon Baitulmal dari 2015-2016. Lepas tu stop minta bantuan sebab tak nak jadi golongan asnaf dan bergantung pada zakat orang ramai. Di sini start minta sedekah.
“Suami kerja on dan off. Kadang-kadang ada masalah kesihatan, kadangkala tempat kerja tu tak sesuai dengan cara dia bekerja (tukang masak).
“Sumber pendapatan utama – tiada. Memang mak cik inilah akan meminta sedekah di pasaraya. Pergi dengan grab dengan anak. Anak akan tunggu di food court biasanya. Anak perempuan yang usia 15 tahun tu lah,” katanya.
Tambahnya lagi, makcik ini juga pemegang kad OKU kerana alami buta mata kanan. Namun dia tidak mohon bantuan tetap bulanan daripada JKM.
“Sejak tular kes, dalam sehari orang ramai kirim 63k”
Apa yang membuatkan ramai terkejut ialah apabila Mohd Fadli memberitahu yang semenjak kes ini viral, makcik tersebut telah mengumpul lebih RM70,000 di akaunnya hasil sumbangan orang ramai.
Setelah tular kes ini, dalam masa sehari orang ramai kirim 63k. Semalam check lebih 70k. Juga lebih kurang RM4500 dikirim melalui Awanis.
“Aku nasihatkan dia sewa rumah berdekatan sekolah, sekolahkan semula anak. Duit dah ada untuk bayar deposit dan sebagainya. Sebelum ini alasan menetap di bilik kerana tiada duit bayar deposit.
“Aku juga minta dia hubungi JKM dan zakat untuk bantuan tetap memandangkan dia OKU. Aku juga dah maklumkan pada pegawai pusat zakat tentang pertemuan ini,” katanya.
Selain itu, Mohd Fadli juga meminta makcik tersebut mencari apa-apa pekerja yang boleh dia lakukan kerana mereka tidak boleh berterusan meminta sedekah begini. Kasihan juga pada anak mereka yang tidak bersekolah walhal sepatutnya sudah Tingkatan 3.
https://www.facebook.com/xbgsx666/posts/3643857185635850
“Dia bukan scammer. Dia memang susah dan perlu dibantu”
Mohd Fadli juga di ruangan komennya menolak tanggapan orang ramai yang mengatakan makcik tersebut seorang ‘scammer’ dan wanita itu adalah orang yang perlu dibantu. Segala hasil sumbangannya yang diperolehinya itu adalah rezeki yang patut dia gunakan sebaik-baiknya.
Alhamdulillah kes ini pun dah selesai. Harap tak adalah lagi kes berbangkit lepas ni mengenai makcik ni.
Apa-apapun 70k tu banyak tu. Harap makcik ini manfaatkannya sebaik yang mungkin.
Baca: Minta Sedekah Di Pasar Raya, Satu Persatu Kisah Mak Cik Ini Dibongkarkan