in

“Ini cubaan membunuh!” – BAHAYA! Individu Kejam Sengaja Baling ‘Bom Petrol’ Dekat Kereta Di Highway Cheras

collage 18

Kadang-kadang tu tak faham apa yang orang boleh fikir sampai boleh buat benda yang kejam macam ni…

Baru-baru ni, seorang netizen telah kongsikan rakaman dashcam semasa dia sedang memandu di lebuhraya Cheras-Kajang pada 9 Mei lalu di Facebook.

Dalam video yang dikongsikan ini, dapat dilihat perjalanan lelaki ini tiba-tiba “diganggu” dengan sesuatu yang tak disangka-sangka.

fireballgif

Ketika kereta lelaki ini lalu di bawah jambatan flyover, seseorang dari atas dapat dilihat membaling sesuatu yang kelihatan seperti bom petrol ke arah keretanya.

fireballgif2

Macam yang korang boleh tengok dalam video ni, sikit je lagi bom petrol tu nak kena kereta lelaki ni. Dan dari video ni boleh nampak bom petrol tu meletup bila jatuh atas jalan. Gila betul!

Bagaimanapun, China Press melaporkan yang Penolong Pengarah Polis Kajang telah mengesahkan yang dorang tak terima apa-apa laporan lagi mengenai kejadian ini.

Screenshot 2020 05 13 at 12.26.39 PM down

Aduh, macam-macam. Lepasni siapa yang selalu lalu area sini just be careful lah. Bahaya gila kot, silap-silap boleh terkorban…

 

Baca: Campak Bom Petrol, Surau Damansara Damai Hampir Meletup Ketika Jemaah Solat Subuh

Screenshot 2020 05 13 at 12.42.59 PM

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook