in

“Nak muntah tapi tak lepas” – Rasa Badan Panas Setiap Kali ‘Live’, DSV Dakwa Terkena Gangguan Mistik?

Dsv Terkena Gangguan Mistik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setelah viral mengenai isu hubungan percintaannya dengan bekas pembantu peribadi, Ahmad Iqbal Zulkefli yang terputus di tengah jalan, nama usahawan Dato’ Seri Vida atau DSV kembali menjadi perhatian ramai apabila dia didakwa telah terkena gangguan mistik.


Menerusi satu video di instastory, DSV mendedahkan bahawa pada sesi livenya yang lepas, dia tiba-tiba merasa lemah, panas badan dan hampir muntah-muntah tanpa diketahui penyebabnya.

Sesi live itu juga ditangguhkan dek kerana keadaan kesihatan DSV yang tiba-tiba merosot.

Dsv Gangguan 1

Dsv Gangguan 2

Panas satu badan, saya dah tak tahan dah ni. Tapi saya cuba bertahan. Setiap kali live mesti rasa panas, Ya Allah kenapa saya jadi macam ni?

“Saya terkena apa-apa ke? Gangguan ke? Nak muntah rasanya tapi tak lepas. Saya mohon doakan saya kembali sihat,” katanya.

Dalam pada itu, menerusi satu lagi video dapat dilihat DSV telah mengadakan sesi solat hajat beramai-ramai di rumahnya untuk mengelakkan diganggu perkara tidak diingini.

Dsv 6

Menerusi satu sesi live yang terbaru semalam, DSV memberitahu yang dia kini telah mencetak beberapa ayat Al Quran termasuk ayatul kursi sebagai ‘pendinding diri’.

“Saya dah sediakan ayat Kursi siap-siap sebab semalam saya live saya pitam. Jadi hari ini siapa nak ‘buat’ saya, saya dah letak ayat kursi lebih dahulu. 

“Siapa nak buat ni percaya pada Tuhan. Saya letak dinding segala dinding,” katanya lagi.

Moga-moga DSV dijauhkan daripada gangguan yang tidak elok dan segera sembuh. 

Baca: “Baling selipar pada muka saya” – Iqbal Dedah DSV Kuat Cemburu? Dedah Kisah Disebalik Hubungan Mereka Sejak 2018

Iqbal

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.