“Ini buke pengakhiree” – Video Viral Isteri Bergelut Serang Skandal Suami Di Tempat Kerja Hanya Propa?

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Bab-bab suami main kayu tiga dengan rakan sepejabat ini sebenarnya bukan lagi satu perkara yang aneh. Banyak kes kita selalu dengar melalui luahan isteri di media sosial, mahupun berita suami ‘dicekup’.

Contoh yang kita dapat lihat dah ada depan mata apabila video seorang isteri menyerang skandal suami dekat tempat kerja viral di media sosial sejak beberapa hari lepas.

Isteri datang serang skandal suami di tempat kerja. Kalau kail panjang sejengkal, lautan luas jangan diduga”

Kurang pasti lokasi kejadian, tapi menurut dialek percakapan daripada individu di dalam ini seolah-olah mereka orang Kelantan. Dalam video berdurasi 1 minit 1 saat ini menunjukkan isteri sedang bergelut dengan wanita simpanan suami sementara skandal suami tu cuba lindungi diri di belakang suami orang.

Suami cuba menenangkan keadaan dengan meminta si isteri untuk mengucap. Disebabkan itu, netizen rasa terhibur dan bengang dengan perangai suami tu yang tak fikir panjang melakukan perbuatan terkutuk ni.

 

Kalau aku, dua-dua bagi cacat – Netizen

Tapi ramai juga yang anggap ianya hanya lakonan semata-mata sebab cara mereka ni agak ‘kayu’. Ada yang mengatakan ia adalah sebahagian daripada satu babak dalam short film.

 

Aku sorang je ke rasa macam dorang berlakon? Sebab Kelantan dia macam tak pure – Netizen

Tu lah kalau dengar sebutan dia betul-betul aksi mereka bergelut pun macam lembut sangat tapi video ni mungkin sampai ke jiwa netizen sebab dah raih 1,700 retweets sejak ia dikongsikan balik di Twitter.

Baca : “Mu cikgu nat*ng!” – Mengamuk Serang Cikgu, Ingatkan Pasal Kes Gantung Sekolah Rupa-rupanya Sebab Isteri..

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Izuan Jelani

Mende?