in

“Ini bukan Deepavali” – Tegur Individu Menari Sambil Buat Ucapan, Wanita India Perjelas Maksud Sebenar Thaipusam

Ft Wanita Tegur Individu Menari Lagu Thaipusam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam merupakan hari yang bermakna buat mereka yang beragama Hindu dimana mereka menyambut Hari Thaipusam. Memandangkan negara Malaysia ini berbilang kaum, pasti ramai orang yang berlainan agama tidak putus-putus memberikan ucapan kepada mereka.


Bagaimanapun, mungkin ada yang terlepas pandang bahawa Hari Thaipusam ini bukanlah satu perayaan.

Oleh itu, gadis berbangsa India yang dikenali sebagai Katherine tampil berikan penjelasan agar dapat dijadikan panduan buat kita.

 

Menari menggunakan lagu Murugan Song

Kenyataan terbuka itu dibuat susulan dengan satu video daripada individu berlainan agama yang membuat ucapan Hari Thaipusam berlatarkan lagu-lagu yang dipercayai Murugan Song (lagu-lagu keagamaan) sambil memberikan ucapan yang dianggap ‘tidak kena’ dengan hari Thaipusam.

“Ini bukan Deepavali.”

Wanita Tegur Menari Lagu Thaipusam

Menurut Katherine, Hari Thaipusam itu merupakan hari keagamaan, ia merupakan waktu penganut agama Hindu sampaikan niat kepada tuhan mereka (Murugan) dan melunaskan nazar jika niat dan hasrat mereka tercapai.

“Orang India pun maki tengok orang India lain menari pasang lagu itu masa Thaipusam, apatah lagi awak yang nak menari. Kalau kita menari lagu agama awak, awak terima ke?”

Katherine juga menegaskan niatnya adalah untuk meminta setiap individu agar hormat dengan agama yang berlainan.

“Kalau awak hormat agama lain tolong hentikan semua ini, jangan menari tanpa tahu maksud lagu itu, itu adalah lagu sembahyang.”

@eshaa2712

Please respect our religous festival. Dear Malaysians ??

♬ original sound – ? KATHERINE ? – ? KATHERINE ?

Selepas teguran secara terbuka itu dibuat, individu yang dimaksudkan dalam video penjelasan Katherine ini telah pun memadamkan video menari tersebut dan tampil membuat permohonan maaf kepadanya dan akui khilaf mengenai maksud lagu itu.

Image From Ios 3 1

Sementara itu, Katherine sebagai wakil kaum-kaum penganut agama Hindu dengan hati terbuka terima permohonan maaf mereka dan berharap perkara ini tidak akan berulang lagi.

Apapun, diharap ia dapat dijadikan ikhtibar kepada kita agar menjaga sensitiviti dan sebagai rakyat Malaysia, kita kena tahu maksud sesuatu hari dan sambutan itu sebelum melakukan sesuatu perkara.

 

Baca : “Kita 1 M’sia” – Pemuda Cina Menangis Terharu, Pakcik ‘Stranger’ Tolong Pakaikan ‘Tie’ Untuk Temuduga

Collage 24

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.