in

Ini Apa Yang Korang Perlu Tahu Tentang KWSP Akaun 3 & Cara Nak Pindahkan Simpanan Sebelum 31 Ogos 2024!

Collage 13

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila korang buka aplikasi KWSP sekarang, mesti korang tengok dah ada tiga akaun kan? Ini kerana, KWSP baru-baru ni umumkan pengstrukturan semula yang boleh membenarkan sebahagian dari dana persaraan ini untuk dikeluarkankan.


Ketua Pegawai Eksekutif, Ahmad Zulqarnain Onn mengatakan, skim terbaru ini adalah untuk “memperkasakan” pencarum melalui beberapa fleksibiliti tentang cara menguruskan simpanan persaraan mereka.

Artikel berkaitan: KWSP Umum Dividen Pencarum 2023, Meningkat Kepada 5.50%

Artikel berkaitan: Ramai Marah KWSP Cadang Pengeluaran Bulanan Mandatori Pada Usia 55 Tahun, Ini Apa Korang Perlu Tahu…

Apa itu akaun ‘Fleksibel’ KWSP?

Di bawah sisterm baru ini, simpanan kesemua pencarum akan dibahagikan kepada tiga akaun bermula 11 Mei.

Peratusan dari caruman yang dimasukkan ke dalam akaun pertama yang telah dinamakan sebagai ‘Persaraan’ ini akan menjadi 75 peratus, iaitu lima peratus lebih tinggi dari sebelum ini. 15 peratus akan masuk ke akaun ‘Sejahtera’ manakala selebihnya akan masuk ke dalam akaun ketiga, ‘Fleksibel’. Akaun Fleksibel ini membenarkan pencarum untuk mengeluarkan wang mereka pada bila-bila masa.

Images 2

Bagaimana ia berfungsi?

Kesemua pencarum boleh mengeluarkan wang dari akaun Fleksibel yang bakinya akan bermula dari kosong. Namun begitu, pencarum akan diberikan pilihan sebanyak satu kali untuk mengeluarkan sejumlah wang dari akaun 2 ke akaun 3.

Sesiapa yang nak keluarkan wang dari akaun 2 ini akan melihat satu pertiga daripada 30 peratus simpanan yang mereka ada pada masa ini dalam akaun 2 dikreditkan ke dalam akaun Fleksibel, manakala satu per enam daripadanya akan dikreditkan ke dalam akaun Persaraan.

Bila korang boleh keluarkan duit dari akaun 3?

Sejak 11 Mei lalu, korang boleh pilih untuk keluarkan satu per tiga dari akaun 2 untuk dimasukkan ke dalam akaun 3 dan wang boleh mula dikeluarkan pada 13 Mei. Pilihan untuk membuat pengeluarkan ini boleh dibuat melalui aplikasi terbaru KWSP atau di mana-mana cawangan mereka.

Pencarum yang berusia 55 tahun dan ke bawah mempunyai peluang sehingga 31 Ogos untuk membuat keputusan sama ada untuk keluarkan dari simpanan akaun 2 atau pun tidak.

Namun begitu, perlu diingatkan bahawa pengeluaran KWSP ini akan memberi kesan kepada kadar dividen sama seperti sistem sebelum ini. Lebih banyak wang dikeluarkan, kadar dividen akan menjadi lebih rendah.

Ini bermakna, kalau korang tak keluarkan wang dari akaun Fleksibel, kadar dividen tak akan terjejas.

Had maksimum pengeluarkan wang dari akaun Fleksibel ini turut dihadkan di mana pencarum hanya dibenarkan untuk membuat pengeluaran sebanyak RM250 sehari. Bagi ahli yang mahu mengeluarkan wang melebihi RM250 perlu melalui proses electronic Know-Your-Customer (e-KYC) secara dalam talian atau menggunakan alternatif lain seperti mengunjungi pejabat KWSP terdekat bagi pengesahan cap jari.

Langkah-langkah mudah untuk keluarkan simpanan dari akan 2 ke akaun 3

  • Log masuk ke dalam aplikasi rasmi KWSP

Fd1C

  • Tekan ‘Ketahui Lanjut’

3A6E

  • Tekan ‘Seterusnya’ untuk butiran akses tentang inisiatif pengstrukturan semula akaun KWSP

Da06

  • Pilih ‘Pindah Sekarang’

Da06 1

  • Baca Peringatan Penting dan pilih ‘Teruskan’ jika berminat

1672

  • Pilih ‘Teruskan’, korang boleh semak anggaran baki simpanan sebelum dan selepas pindahan

5E25

  • Pilih ‘Terima’ jika bersetuju dengan Perakuan Ahli

Bdb5

  • Pilih ‘Ya’ untuk teruskan atau ‘Tidak’ untuk membatalkan permohonan

3C99

  • Permohonan berjaya dihantar. Proses pindahan ini akan diluluskan dalam tempoh 3-5 hari bekerja.

Sumber: Malay Mail, KWSP

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.