Seorang pemimpin negara biasanya mempunyai protokal khas yang harus diikut dari masa ke masa. Bukan sahaja terikat kepada pemimpin, bahkan juga kepada Raja, Sultan, malahan Yang Dipertuan Agong sendiri.
Itulah yang dilakukan oleh YDPA kita pada petang Hari Kebangsaan semalam. Baginda sempat turun dari kenderaan untuk membantu mangsa yang terlibat dalam kemalangan. Cuba korang tengok sendiri video yang dikongsi oleh YB @AzminAli di akaun Twitter milik beliau.
Laksana kata pendita, emas di dalam gelap tetap memancar sinarnya. Begitulah keperibadian yang terpancar dari budi pekerti Tuanku yang peduli membantu rakyatnya. Daulat Tuanku! pic.twitter.com/1z9qofSw4U
— Mohamed Azmin Ali 🇲🇾 (@AzminAli) August 31, 2019
Agong berjiwa rakyat
Ampun Tuanku. Sembah patik harap diampun.
Begitu mulia sekali hati YDPA kita yang sanggup mencemar duli untuk bantu mangsa yang kemalangan. Ramai netizen yang memuji apa yang YDPA kita lakukan ini.
Alhamdulillah. Semoga Allah melindungi dan memberkati tanah air kita dibawah pimpinan YDPA kita yang berjiwa murni ini. Menjunjung kasih Tuanku.
Amboi ni macam ambik kesempatan je bunyi dia. Tapi mana tahu dapat treatment diraja kan. Kena ingat gak, kalau kantoi buat-buat pengsan mau kena penampar diraja baru tahu.
Kami sayang raja kami. Daulat Tuanku, Dirgahayu Tuanku.