in

Ini 9 Instafamous Korea Yang Cantik Boleh ‘Stalk’ Setiap Hari

Lawa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sudah menjadi lumrah sebagai manusia suka tengok benda yang cantik dan lawa-lawa. Sebab itulah ramai di antara wanita suka follow instafamous macam Sharifah Rose, Farah Hanim Razak dan Adira Salahudi yang selalu bergaya di Instagram. Tapi kalau korang dah bosan dengan instafamous Malaysia, apa kata korang follow pulak instafamous yang terkenal di Korea?


Tak rugi follow mereka ni sebab korang boleh usha tips kecantikan dan fesyen dorang ni dengan lihat jenama apa yang dorang selalu pakai. Aww! Ini sembilan instafamous Korea yang cantik korang boleh stalk setiap hari. 

 

1. Mulbada 

Fashionista yang bijak bergaya ni sebenarnya seorang penulis blog Time to Wander dan juga wajah untuk jenama fesyen terkenal Korea, Unbutton. Melalui Instagram peribadinya, Mulbada ni suka berkongsi tentang seni fotografi dan bergaya dengan macam-macam jenis fesyen unik bersama teman rapatnya. Dia selalu dipuji kerana mempunyai citarasa yang umpphh dalam berfesyen!

 

2. Jeong Hui Lyu

Sekali pandang korang takkan sangka Jeong Hui Lyu ni sebenarnya sudah berkahwin dan dah ada anak pun. Wajah Youtuber yang baby face ni dan sweet-sweet sangat bila bergambar boleh dikatakan sangat rajin dalam bergaya walaupun ada anak kecil. Kadangkala Hui Lyu suka juga berkongsi gambar santainya dengan anak dan suami yang buat sejuk mata memandang tau!

 

3. Yuri

Korang mesti jeles kalau stalk Instagram gadis comel ni dengan boyfriend yang kini suaminya sebab mereka suka sangat travel ke sana sini. Yuri yang juga penulis sudah mengelilingi dunia selama lapan tahun dan banyak menyimpan duit semata-mata untuk mengembara melihat dunia di tempat lain. Setakat ni Yuri dan suaminya dah ke 200 daerah di 50 negara dan kini sedang merancang untuk berbulan madu ke tempat yang menarik. Wow!

 

4. Irene Kim

Kalau korang nak tengok fesyen-fesyen pelik tapi menarik dan digayakan dengan cara yang bersahaja, korang followlah Irene Kim ni. Dia antara instafamous yang terkenal di Korea dengan mencapai followers sebanyak 1 juta orang kerana ramai yang suka stalk gaya hidupnya yang glamour dan serba mewah tu.

 

5. Joe Lee Na Young Jin

Bibir gaya Angelina Jolie dan lirikan matanya yang mengancam tu buat ramai yang terpesona tengok instafamous bernama Joe Lee ni. Namun tidak ramai yang tahu Joe Lee ni sebenarnya pereka pakaian untuk jenama Mominique dan suka post gambar-gambar fashionistanya di Instagram.

 

6. The_Ketchap

Gaya rambut pendek model sambilan ni dengan posing yang minimalis telah menarik pengguna media sosial untuk follow dan stalk gadis ni setiap hari. Selain daripada menjadi model sambilan, The Ketchap juga merupakan seorang blogger.

 

7. Jaeinn

Mempunyai channel Youtube sendiri, Jae In gemar memuat naik videonya melakukan solekan yang menarik. Selain menjadi youtuber, Jae In juga seorang part time model dan mempunyai seramai 131,000 followers di Instagram.

 

8. Haneulina

Seindah namanya, Haneul yang bermaksud ‘sky’ ni adalah antara instafamous yang sedang meningkat naik di Korea. Gambar-gambarnya yang nampak dreamy macam kat kayangan tu buat ramai followers suka sangat stalk Haneul di Instagram. Selain suka upload gambar yang cantik, gadis ini juga sudah mempunyai jenama pakaian dalam dan swimsuits sendiri.

 

9. Park Sora

Walaupun gadis ini tak cukup tinggi untuk menjadi seorang model profesional, Park Sora sangat terkenal di media sosial dan kini telah menjadi wajah bagi jenama Stylenanda, sebuah online shopping brand sejak tahun 2004 lagi. Kerap melakukan online modelling, Park Sora suka upload gambar wajah jelita dan natural buat followers yang mengikutinya.

Cantiknya dorang ni semua! Jom follow dan stalk!

Baca: 10 Instafamous Anda Boleh Follow Untuk Inspirasi #OOTD Setiap Hari

Insta

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.