Hujung minggu lalu, Al Jazeera telah memuat naik satu dokumentari bertajuk “Locked Up In Malaysia’s Lockdown”. Video yang memfokuskan tentang layanan buruk kerajaan terhadap PATI ini telah menyebabkan ramai rakyat Malaysia marah kerana menganggap video tersebut bias dan tak adil.
Sejak dari itu, ini adalah beberapa update tentang video tersebut:
1. Video ini telah mendapat sebanyak lebih 298k dislikes di YouTube
Selepas video ini dimuat naik pada 3 Julai lalu, video ini telah mendapat lebih dari 1 juta tontonan dalam masa kurang dari 5 hari. Pun begitu, video ini telah mendapat banyak dislikes dan hanya 3.1k likes. Al Jazeera juga telah menutup ruangan komen di video tersebut.
2. Orang yang membuat video ini, Drew Ambrose dan Jenni Henderson telah menukar privasi akaun media sosial lepas menjadi sasaran rakyat Malaysia
3. Kerajaan telah membantah dakwaan di dalam dokumentari tersebut
Antara perkara yang disebut oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) adalah:
- Kerajaan mencabar Al Jazeera untuk memberikan senarai negara yang membenarkan kebebasan terhadap pendatang asing tanpa izin
- Kerajaan meminta permohonan maaf terhadap fakta tidak tepat yang ada dalam video tersebut
- PDRM sedang menjalankan siasatan terhadap fitnah yang dilemparkan oleh Al Jazeera
4. Dr Noor Hisham turut bersuara mengatakan yang Malaysia perlu mengetatkan kawalan sempadan supaya tiada kemasukan PATI
5. Malik Streams Production & Distribution mendedahkan yang Rayhan Kabir, warga Bangladesh di dalam video Al Jazeera itu bukan pekerjanya
6. Petugas barisan hadapan kongsikan pengalaman tentang layanan Malaysia terhadap PATI
7. Rayhan Kabir kini sedang diburu oleh jabatan imigresen
Sumber: WOB
Baca: Siapa Rayhan Kabir, Lelaki Bangladesh Yang ‘Buka Cerita’ Kepada Al Jazeera