in

“Serabut la dengar dia melalak” – Bapa Kandung Bunuh Anak Sendiri Lepas Tak Tahan Dengar Dia Menangis Tak Henti

Feature Image Balita

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sudah menjadi lumrah, ibu bapa sepatutnya memberikan kasih sayang secukupnya kepada anak-anak. Kesabaran adalah suatu perkara yang penting dalam mendidik anak dan kalau boleh elakkan segala perkara yang menjurus ke arah kekasaran.


Seorang kanak-kanak perempuan berusia 4 tahun dijumpai mati dengan kesan tikaman di bahagian badan dipercayai dibunuh oleh bapa kandungannya sendiri.

Kejadian itu berlaku di rumah mangsa di Kedaung Wetan, Kelurahan Kedaung Wetan, Kecamatan Neglasari, Kota Tangerang, Indonesia.

Lokasi Kejadian Pembunuhan Berdarah Balita Lima Tahun Kota Tangerang Senin 16122019
Sumber: tribun jakarta

Menurut portal Tribun Jakarta, punca utama berlakunya pembunuhan ini adalah disebabkan oleh kanak-kanak perempuan itu tidak berhenti dari menangis sehingga menyebabkan bapanya telah hilang sabar.

Tambahan pula, ibu bapa mangsa sedang dalam proses perceraian, dan di sebabkan itu juga lah anak mereka yang menjadi mangsa.

Stress dengar anak menangis.

Polis berkata, suspek pada mulanya stress mendengar tangisan anaknya itu, lalu dia cuba menghubungi isterinya, namun tidak berjaya. Tanpa berfikir panjang, dia terus mengambil keputusan menikam anaknya berkali-kali sehingga meninggal.

Images 1
Gambar hiasan

Tidak hanya itu, suspek juga mengambil keputusan untuk membunuh diri sendiri selepas dia membunuh anaknya. Namun, tindakannya itu tidak berjaya apabila perbuatannya itu disedari oleh bapanya dan dia berjaya di selamatkan.

Hasil siasatan polis, suspek mengaku membunuh mangsa kerana disebabkan anaknya itu tidak mahu mendengar kata dan menangis tak henti.

Bagi admin, kalau parents tu ada masalah antara mereka, janganlah libatkan anak-anak. Mereka tak tahu apa-apa pun. Sekarang bila dia dah takda, menyesal pun tak guna.

 

Baca: “Nenek datang dalam mimpi suruh buat” – Pemuda Bunuh Jiran Pakai Raket Nyamuk Sebelum Solat Jumaat

Jas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.