Ingatkan Pedal Ayam, Rupanya Anak Tikus Mati Masak Kicap!

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Bayangkan korang tengah sedap mengunyah makanan ‘tapau’ dekat kedai, then baru perasan ada sesuatu yang menjijikkan? Perkara itulah dilalui seorang netizen bernama Azmi semalam yang terjumpa tikus mati dalam lauk dia beli.

Sumber: Facebook

Melalui posting Facebook yang dikongsi, Azmi cerita yang tengah hari semalam dia pergi beli lauk dekat warung.

“Tengah hari tadi aku beli lauk dekat satu warung tu. Biasa memang aku beli situ. Aku beli ayam merah 2 ketul, ayam kicap 2 ketul.”

Waktu petang lepas balik kerja, dia pun bawa balik lauk tu untuk makan dengan isteri. Biasalah kalau makanan bungkus ni kadang-kadang kita suka cubit sikit kan? Sama macam Azmi, dia pun cubit ayam kicap tu sikit dalam 2 suap. Bila sampai rumah dan nak makan, dia pun cedok keluar ayam kicap tu masuk pinggan.

Then, ternampak sesuatu yang disangkakan pedal ayam. So, dalam fikiran dia bolehlah dia makan pedal ayam tu last-last nanti. Lepas dah makan 2, 3 suap nasi dengan lauk tu, Azmi pun cedok nak tambah kuah. Sekali baru dia perasan, benda yang dia nampak macam pedal tu adalah tikus mati!

“Aku nak tambah kuah… Aku cuit la pakai sudu…. Sekali aku tengok…. Anak tikus laaaaaa…”

Sumber: Facebook

Apa lagi, memang terus kembang tekak lah dibuatnya kan? Terus Azmi muntahkan balik apa yang dia dah makan tadi. Tapi, Azmi tak terus buang anak tikus tu. Sebaliknya, dia masukkan balik dalam plastik lauk tu sebagai bukti untuk dia tunjukkan dekat warung.

Katanya, hari ini dia nak pergi semula warung tu dan ‘pulangkan’ anak tikus mati tersebut.

” Ayam yang kat atas pinggan tu masukkan juga dalam plastik….sebab tu ada nasi yang putih-putih panjang tu…”

Sumber: Facebook

Azmi tegaskan dalam posting tu yang dia tak menipu atau pun memfitnah tapi dia juga memilih untuk tak dedahkan nama warung tu.

Nasib baik dia perasan masa tengah cedok kuah tu, kalau tak perasan langsung and main makan je anak tikus tu?! Yeeeekkkk!!!

Baca: Jijik! Patutlah Rasa Masam, Rupa-rupanya Dalam Penuh Kulat

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Sue Idris

Seorang ibu. Siapa cakap anak aku tak comel siap eh!