in

Ingatkan Nak Merompak! Lelaki Pecahkan Cermin Kereta di Bandar Utama Sebab…

Okay 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Orang macam ni pun ada ke?



Kes kecurian di tempat parkir kenderaan bukan perkara pelik kat negara kita. Sebab tu bila tengok cermin kereta kita kena pecah, mesti kita tak terfikir benda lain dah selain ada orang nak merompak. Betul tak?

Menurut WORLD OF BUZZ, seorang lelaki ada berkongsi di Facebook kisah sewaktu cermin keretanya dipecahkan di Bandar Utama. Waktu tu lelaki dikenali sebagai Wong ni parking kereta dia kat bawah Play Club di First Avenue kat Bandar Utama sebelum pergi ke kedai mamak berdekatan untuk lepak dengan kawan-kawan.

Drunk Msian Breaks Into Car Looking For A Place To Sleep In Bandar Utama World Of Buzz
sumber: facebook

Bila balik dari kedai mamak tu alangkah terkejut nya dia sebab nampak cermin kat belah pemandu tu dah pecah berkecai macam kena hempas dengan something. Selepas dia tengok betul-betul, rupanya ada orang kat tempat duduk pemandu.

Tapi apa yang peliknya, orang tu bukan tengah cuba nak merompak atau merosakkan komponen kereta tapi tengah tidur dengan nyenyak! Eh boleh pulak! 

“Saya balik-balik tengok lelaki ni pecah masuk kereta saya dan tidur kat dalam. Jadi sekarang ni saya nak kena marah ke gelak?” kata Wong.

Man Shocked To Find Drunkard Broke Into His Car At Bandar Utama Just To Sleep World Of Buzz
sumber: facebook

Lelaki dari Johor yang pada awalnya disangka perompak tu rupanya dah pengsan sebab terlalu mabuk. Dia jugak kehilangan nombor telefon dan beg duit sebab terlajak mabuk. Nombor ahli keluarga dan kawan-kawan untuk dihubungi pun dia tak ingat.

Jadi Wong terpaksa la bawak lelaki tu ke balai polis sebab tak tahu nak buat apa dengan dia. Apa yang menyedihkan, Wong mungkin kena guna duit sendiri untuk bayar kos baiki kereta sebab tak ada sebarang maklumat pasal lelaki mabuk tu.

Alahai tak pasal orang lain kena tanggung!

Baca: Lelaki Kantoi Cuba Mencuri Tak Takut Gambar Diambil, Tak Malu Mengaku Itu Kereta Sendiri

Sadadad

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.