in

“No more bedak lepas ni” – Doktor Jelaskan Sebab Kenapa Sapu Bedak Talkum Berbahaya Pada Bayi

Feature 3 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mesti ramai ibu bapa yang suka sapukan bedak bayi dekat baby kan terutamanya ketika lepas mandikan anak. Namun, menurut perkongsian seorang doktor di Facebook, rupanya tabiat pakaikan bedak talkum bayi pada muka anak sebenarnya berbahaya.


Doktor Ahmad Luqman Bukhari mengatakan bahawa dah banyak kes bayi meninggal disebabkan masalah pernafasan yang berpunca daripada debu bedak tersebut.

Kalau korang jenis yang suka sapukan bedak talkum kat muka anak lepas mandi, tolong hentikan terus tabiat tu lepas baca…

Posted by Ahmad Luqman Bukhari on Monday, May 4, 2020

 

Perkara ini berlaku disebabkan oleh debu bedak tersebut adalah sangat halus jadi ianya sangat berbahaya jika disapu pada muka sebab mereka boleh terhidu debu terbabit dan boleh terus masuk ke salur pernafasan bayi.

Debu yang halus tadi juga akan menyebabkan bayi mengalami sesak nafas, batuk-batuk dan paling teruk, bayi berisiko terkena jangkitan paru-paru. Lebih baik mencegah daripada mengubati kan.

Bahaya bedak talkum jika disapu pada muka bayi juga telah disahkan oleh American Academy of Pediatric yang mengatakan debu bedak yang halus boleh merosakkan salur pernafasan si comel.

Bedak 1

Perkara ini lagi berbahaya jika anak kecil tersebut menghidap penyakit jantung atau bayi dilahirkan secara pramatang.

Jadi, ibu bapa kat luar sana elakkan lah sapu bedak kat muka baby. Kalau nak guna bedak jugak, sapu je talkum tu dekat bahagian badan baby yang lain. Kalau tak pakai langsung pun rasanya lagi elok sebab baby memang dah wangi kan. 

Baca: Bedak Johnson & Johnson Punca Kanser Ovari

Bedak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.