Selang beberapa minggu ini, lagu ‘Begitu Syulit’ yang dinyanyikan oleh gadis bernama Intan Lambata dari Indonesia telah menjadi perbualan hangat netizen dan lagu tersebut juga antara lagu terhangat yang sering digunakan di aplikasi TikTok.
Namun tahukah korang rupa-rupanya lagu ‘Begitu Syulit’ atau ada yang panggil sebagai lagu ‘Rehan’ ini bukanlah lagu original dan ia ada penyanyi asal dengan lirik yang berbeza? Haa jeng jeng jeng!
https://www.tiktok.com/@tomgadjett/video/7146852219009256730?is_from_webapp=v1&item_id=7146852219009256730&refer=embed&referer_url=https%3A%2F%2Fsays.com%2Fmy%2Fseismik%2Ffenomena-lagu-begitu-syulit-di-tiktok-ini-rupa-rupanya-lirik-asal-penyanyi-sebenar&referer_url=https%3A%2F%2Fsays.com%2Fmy%2Fseismik%2Ffenomena-lagu-begitu-syulit-di-tiktok-ini-rupa-rupanya-lirik-asal-penyanyi-sebenar%3Ffbclid%3DIwAR2ZDogoeJ3F0dJGoVty7xuGruGVlP24ToO46oGIKLdb_THsLrXYzhz8Jq4&referer_video_id=7146852219009256730
Lagu asal bertajuk ‘Cukup Dikenang Saja’ nyanyian The Junas Band
Menerusi perkongsian @tomgadjett di TikTok, rupa-rupanya lagu ‘Begitu Syulit’ ini dinyanyikan oleh The Junas Band feat Yasmin dan tajuk asalnya ialah ‘Cukup Dikenang Saja’.
Intan yang menyanyikan lagu itu hanya menukar perkataan ‘kamu’ dalam lirik itu menjadi ‘Rehan’ yang mana ia sepatutnya berbunyi…
Kini kau pergi… meninggalkanku,
Begitu sulit lupakan kamu,
Apalagi kamu baik,
Begitu susah cari gantikannya cukup dikenang saja…
Nah lagu asal yang penuh untuk korang dengar, not bad juga lagunya bila dinyanyikan oleh penyanyi asal.
“Ingatkan lagu dia sendiri”
Posting berkenaan mendapat pelbagai respon netizen yang terkejut rupanya lagu tersebut merupakan lagu asal seorang penyanyi Indonesia lain yang agak terkenal. Apa-apapun ramai yang memuji lagu asalnya sedap untuk didengar.
The Junas Band ni kena terima kasihlah dekat Intan sebab dah viralkan lagu mereka. Memang letop habis!
Baca: “Begitu syulit lupakan rehan” – Ini Cara Nak Lupakan Lagu Yang Berulang Kali Main Di Otak