in

“Begitu syulit lupakan rehan…” – Ini Cara Nak Lupakan Lagu Yang Berulang Kali Main Di Otak

Begitu Syulit Lupakan Rehan Cara Nak Lupakan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

“Begitu syulit lupakan rehan… apalagi rehan baik…” 


Admin yakin sepanjang minggu lepas, pasti ramai di antara korang asyik teringat dengan lagu Rehan ini kan?

Sebab setiap kali kita buka saja media sosial, tak kiralah Instagram ke, TikTok ke atau Facebook, lagu Rehan ini kerap kali bermain di mana-mana sampaikan kita susah nak lupa hingga membawa ke tidur. Parah dah ni… 

@binirehan1

♬ suara asli – Powerengers bunting – Intan Lembata bunting

Rupanya anda sedang alami earworms

Tapi tahukah anda, situasi teringat-ingat akan lagu yang sama bermain dalam otak berulang kali sehingga mengganggu ketenteraman ini rupanya dinamakan sebagai Earworms. 

Menerusi perkongsian Public Health Malaysia di Twitter, ahli psikologi muzik mendapati lagu-lagu seperti ini mempunyai ciri-ciri melodi yang lebih pantas dan ringkas serta panjangnya sekitar 15 hingga 30 saat sahaja.

Malah muzik yang dikira sebagai earworms ini mempunyai beberapa selang unik antara nota yang menjadikan lagu itu lebih menonjol dari yang lain.

Cara nak hentikan earworms 

Kalau korang dah rasa rimas asyik teringat lagu yang sama berulang kali, jangan bimbang sebab ada beberapa cara yang korang boleh buat untuk melupakan lagu tersebut:

1. Dengar keseluruhan lagu. 

Nikmati keseluruhan lagu dapat hilangkan sesetengah rangkap lagu yang ‘terperangkap pada gelung’ di kepala anda.

2. Tambah variasi lagu dalam fikiran 

Fikirkan atau dengar lagu lain yang lebih anda sukai atau fikirkan lagu kebangsaan. Berzikir pun boleh membantu.

Pexels Photo 5077420

3. Abaikan 

Cuba untuk tidak fikirkannya dan biarkan ia lenyap secara semulajadi dengan sendirinya.

4. Kunyah gula-gula getah 

Apabila mengunyah gula-gula getah sejurus lepas dengar lagu yang sangat menarik, ia akan kurangkan kemungkinan diganggu earworms.

5. Sibukkan diri 

Apa-apapun perkara ini tidaklah membahayakan kesihatan, cuma kadangkala boleh berlaku gangguan obsesif-kompulsif, sindrom psikotik, sakit kepala migrain sawan atau keadaan yang dikenali sebagai palinacousis — apabila anda terus mendengar bunyi lama selepas ia hilang.

Jadi kalau anda nak ‘lupakan Rehan’, kenalah dengar lagu-lagu lain yang lebih berkualiti supaya ia tidak stuck di kepala anda dalam masa yang lebih lama. Rasa muak pula kan kalau asyik teringat lagu sama sepanjang hari? 

Baca: Trending Video ‘Reyhan’ Di TikTok, Gadis Ini Tampil Dedah Rupanya Lelaki Dalam Mimpi!

Syulit

Sumber: Pexel

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.