Mesti anda tertanya-tanya bagaimana sebenarnya cara pekerja kilang pakaian masukkan tali ke dalam getah pinggang seluar kan? Mungkin ada yang menyangkan mereka menggunakan jarum kan.
Namun, rupanya kilang pakaian menggunakan mesin khas untuk memudahkan kerja-kerja memasukkan tali ke dalam lubang kecil getah pinggang.
Kaedah tersebut telah dikongsikan oleh akaun TikTok toplesaestheticid baru-baru ini dan rata-rata warganet mengatakan mereka baru tahu macam tu rupanya tali seluar dimasukkan.
@toplesaesteticid akhirnya bisa tidur nyenyak ternyata caranya kaya gini 😆 #toplesaesteticid
Artikel Berkaitan: Seluar Terlondeh, Kanak-kanak Bantu ‘Ipin’ Betulkan Seluar
Artikel Berkaitan: Berus Gigi Jari & Seluar Napkin Antara 11 Ciptaan Pelik Tapi Berguna Di Jepun
Dalam video yang berdurasi selama 18 saat itu, dapat dilihat bahawa individu dalam video itu terlebih dahulu menggunakan sebuah alat yang mempunyai lingkaran kawat besi yang dimasukkan ke dalam getah pinggang berkenaan.
Kawat besi tersebut yang mempunyai lubang kecil pada bahagian hujungnya akan dimasukkan tali seluar.
Setelah itu, alat itu akan ditekan dan tali seluar itu akan masuk secara automatik ke dalam getah seluar.
Meninjau ke ruangan komen, ada netizen yang mengatakan mereka akhirnya boleh tidur dengan nyenyak lepas dah tahu bagaimana cara tali seluar dimasukkan ke dalam getah pinggang.
Tak kurang juga ada netizen yang pernah bekerja di kilang pakaian mengatakan mereka dahulu perlu memasukkan tali seluar secara manual menggunakan kawat, jadi tugas tersebut memakan masa yang lebih lama.
Dengan mesin ini, sekarang kerja jadi lebih mudah.
Sumber: TikTok @toplesaesteticid