in

“Ingat kat US je jenis macam ni” – Netizen Terkejut Lihat Gen Z Tak Kenal Tunku Abdul Rahman

Tak Kenal Tar 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Masihkah korang ingat zaman belajar di sekolah dulu-dulu, boleh dikatakan kita semua gigihlah juga mengingati nama-nama tokoh dan wajah mereka yang terpampang di dalam buku teks Sejarah.


Kalau ditanya tentang tokoh-tokoh ini, mungkin separuh daripadanya kita boleh jawab tapi agak mengejutkan juga apabila tular sebuah video di media sosial memaparkan remaja masa kini tak kenal dengan tokoh penting negara.

Budak muda tak kenal Tunku Abdul Rahman? 

Menerusi sebuah video yang tular di Twitter, ia memaparkan seorang lelaki secara random bertanya soalan kepada generasi muda tentang siapakah nama individu yang terpapar di dalam telefonnya.

Untuk soalan pertama, lelaki itu memaparkan gambar Lisa Blackpink dan ketiga-tiga individu yang ditanya boleh menjawabnya dengan baik.

Namun apabila ditunjuk gambar seterusnya yang memaparkan tokoh terkenal yang juga Bapa Kemerdekaan, mereka langsung tak boleh menjawabnya. Alamak… 

Kalau ada yang tak tahu inilah Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri pertama Malaysia.

“Aku ingatkan kat US je ramai jenis b*d*h macam ni” 

Video terbabit telah mendapat kecaman hebat netizen yang mana rata-rata merasa tidak wajar untuk generasi muda terutamanya yang masih di bangku sekolah tidak mengetahui tokoh yang paling penting dalam negara.

Ada juga yang menyamakan situasi ini dengan situasi di US yang mana kebanyakan remajanya juga kekurangan dari segi ilmu pengetahuan dunia.

Bodoododod

Harap ramai yang dapat ambil iktibar dari video ini untuk mendidik anak bangsa kita dengan lebih baik di masa depan. Penting untuk belajar sejarah dan ambil tahu tentang isu semasa dunia. 

Baca: Rekaan Baju Melayu Ada Maknanya Yang Tersendiri! Ini Rupanya Sejarah Disebaliknya…

Sejarah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.