in

“Ingat dia bergurau” – Pelajar 20 Tahun Maut Terjatuh Dari Tingkat 6 Lepas Jumpa GF

Jatuh Tingkat 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Cinta sememangnya membuatkan ramai orang tak keruan malah ada juga yang bertindak ekstrim kerana cinta.


Terbaru, seorang pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dipercayai terjatuh dari tingkat 6 sebuah pangsapuri di Bukit Beruang, Melaka awal pagi tadi.

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata dalam kejadian 2.50 pagi itu, pelajar berusia 20 tahun itu disahkan maut di tempat kejadian selepas terjatuh dari tingkat enam Blok C pangsapuri 18 tingkat itu.

Fr6S60Eauaazcee

Difahamkan, mangsa datang untuk bertemu dengan teman wanitanya yang juga berusia 20 tahun dan merupakan penuntut universiti sama di tingkat enam pangsapuri berkenaan sekitar jam 2 pagi.

“Si mati datang selepas teman wanitanya itu dikatakan tidak membalas mesej dihantarnya.

Mereka dikatakan bertemu di koridor sebelum si mati meminta maaf kerana membuatkan kekasihnya itu cemburu kepadanya dan wanita itu memaafkannya.

Namun ketika wanita itu masuk ke dalam rumah tiba-tiba si mati dikatakan memanjat tembok koridor itu setinggi kira-kira empat kaki,” katanya.

Wanita tersebut menyangkakan teman lelakinya itu hanya bergurau namun apabila dia keluar dia terkejut melihat lelaki itu berpaut pada tembok dengan kedua-dua kaki tergantung di luar.

Lalu dia cuba untuk menyelamatkan kekasihnya itu, tetapi hanya dapat mencapai sebahagian tangan si mati kerana tembok tinggi dan menyebabkan lelaki berkenaan terjatuh.

Pun begitu, siasatan pihak forensik mendapati tiada unsur khianat dan jenayah dalam kejadian itu, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Baca: Murid Berusia 9 Tahun Maut Digilis Treler Ketika Pulang Dari Sekolah

Ft Murid Digilis Treler

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.