in

“Ingat adik beradik” – Gara-gara Nama Ayah Sama, Imam Was-was Nak Nikahkan Pasangan Ni

Ft Nama Ayah Sama

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Orang kata kalau jodoh tu kuat, akan ada mirip dekat raut wajah pasangan itu, tapi pasangan Nurul dan Muhyidin ini rasanya macam dah terlebih kuat, muka mirip dan nama ayah pula sama.

Imam tanya semua pihak sebelum kasi nikah


Menurut pemilik akaun TikTok ini, urusan akad nikahnya terganggu sedikit kerana imam yang bertugas meragui dengan hubungan mereka gara-gara nama ayah kedua-dua mempelai ini Che Ahmad.

Malah imam yang bertugas tanya seorang demi seorang ahli keluarga sehinggakan hubungi bapanya sampailah betul-betul yakin bahawa mereka sebenarnya tiada ikatan adik beradik, barulah urusan akad nikah berjalan dengan lancar.

https://www.tiktok.com/@soya.naraa/video/7083124176835464474?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Perkongsian yang telah mendapat lebih daripada 2 juta tontonan ini sudah semestinya membuatkan ramai netizen tertarik kerana perkara sebegini jarang sekali berlaku. Bagi min rasanya tak pernah lagi pun.

Nama Ayah Sama 3 Nama Ayah Sama 4 Nama Ayah Sama 4 1

Walau bagaimanapun ada netizen kongsikan perkara yang sama terjadi kepada ahli keluarga mereka. Malah ada juga yang kini sedang bercinta dan alami situasi sama.

Hurm, kesian tok imam tu dah ganggu urusan harian dia.

Baca : Ustazah Bagi Teguran ‘Sayang’ Untuk Pengantin Yang ‘Menggeletar’ Masa Suami Sarung Cincin Lepas Bernikah

Page Sarung Cincin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.