Menjadi seorang isteri yang solehah sudah semestinya satu impian setiap wanita, taat kepada suami dan dapat membimbing dirinya ke arah kebaikan.
Begitulah yang terjadi kepada seorang bekas pempengaruh ini yang mentaati kehendak suaminya selepas berkahwin dengan harapan mampu menjadi seorang isteri solehah.
Artikel berkaitan : “Hancur hati ayah kami izinkan kau nikah” – Wanita Hamil Patah Tulang Rusuk & Alami ‘Brain Damage’ Didera Suami
Artikel berkaitan : Suami ‘Biawak Hidup’ Takpe Janji Tak Curang, Ini 7 Punca Utama Perceraian Di Malaysia
“Sebelum ini kerjaya saya sebagai influencer, boleh dikatakan mempunyai perwatakan dan rupa yang menarik. Saya tinggalkan semua kerjaya modelling tudung disebabkan suami, saya tinggalkan dunia review di IG semua sebab taat perintah suami yang tak mahu wajah saya jadi tatapan lelaki lain.”
Jelas wanita berumur 27 tahun ini, tembelang suaminya pecah apabila rumah yang mereka duduk dijadikan seperti hotel. Malah suaminya juga enggan bekerja sampaikan dia yang terpaksa tanggung semua perbelanjaan kos dan urusan anak.
“Saya memang dah tak tahan sangat hidup dengan suami. Dia buat rumah macam hotel, tak mahu kerja, saya yang terpaksa tanggung perbelanjaan anak, tanggung duit rumah sewa semuanya.”
“Suami pernah pukul, dia juga seorang peminum ketum yang sangat kuat! Kalau tak dapat beli ketum, dia jadi baran dan jadi nak marah maki-maki.”
Malah, wanita ini turut menjelaskan yang suaminya seorang yang pentingkan diri, jika ada duit suaminya akan mendiam tanpa memberitahunya, malah, duitnya sendiri pernah kena curi beberapa kali.
Lebih melampau lagi, wanita ini sering difitnah oleh suaminya dan kerap kali digelarkan dengan perkara yang tak elok.
“Dia panggil saya pelacur dan gelarkan GRO, panggil saya dengan semua nama binatang sedangkan saya hidup hanya ada depan mata dia sahaja, keluar pun dengan dia.”
“Saya bekerja hanya dari rumah, telefon saya selalu diperiksa suami sehinggakan password media sosial saya semua dia ada.”
Wanita ini pernah memohon cerai, tetapi lelaki tersebut enggan melepaskannya walaupun perpisahan mereka dilakukan atas persetujuan bersama.
Perkongsian ini telah menarik perhatian netizen, ia membuatkan ramai netizen rasa kasihan dan ada yang mencadangkan agar wanita ini kumpul semua bukti dan tuntut fasakh.
Sumber : mStar Online