in

Influencer Dedah Pernah Tolak Tawaran RM32k Untuk Promote Satu Aplikasi, Rupa-rupanya…

Judi 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Biasalah, bila jadi influencer yang mempunyai ramai followers pasti ada pihak yang ingin menggunakan kelebihan mereka untuk mempromosikan produk ataupun servis. Selalunya bayaran yang ditawarkan agak lumayan bergantung kepada jumlah pengikut influencer tersebut.


Baru-baru ini, tular satu video berkenaan seorang influencer di TikTok mendedahkan dirinya pernah ditawarkan USD8000 bersamaan lebih RM32 ribu untuk mempromosikan satu aplikasi ini. Agak-agak aplikasi apa yang disuruh promote tu?

Satu video dibayar RM32K?

Menerusi video pendek yang dimuat naik oleh pengguna X, ia memaparkan sesi podcast oleh beberapa orang individu dan salah seorang daripada mereka adalah influencer di TikTok yang bernama Tun Laila.

Dia menceritakan dirinya pernah ditawarkan harga lumayan untuk mempromosikan satu aplikasi ini. Dengan jumlah USD8000, dia diminta untuk mempromosikan aplikasi tersebut kepada orang ramai namun dia menolak tawaran tersebut selepas mengetahui aplikasi itu ada kaitan dengan judi.

Dia offer USD8000 untuk war-warkan judi tu punya awareness. I did my research and it was a judi.

Artikel berkaitan: Viral ‘Statement’ Wanita Teringin Poligami, Influencer Ulas Perkataan ‘Kalau’ Macam Persoal Hukum Allah?

Artikel berkaitan: “Depa kurang sikit adab” – Influencer Cerita Pengalaman Kena Pandang Rendah Dengan Orang Korea

Tun Laila yang juga seorang peguam mengakui akan menerima tawaran tersebut jika dia tidak mempunyai pekerjaan dan terdesak mahu menggunakan wang.

If did not have job. If I was desperate. I could take that. Satu video bersamaan dengan RM32,000.

“Kalau setuju memang kaya..”

Tun Laila berkata, dia akan menjadi kaya raya jika menerima tawaran tersebut tetapi maruahnya sebagai seorang Muslim akan tercalar.

Saya ada prinsip.. kalau saya ambil memang saya kaya tapi my value akan turunlah sebab I am a Muslim and also because it’s against my principle.

Di ruangan balas, rata-rata netizen berkata mereka pernah melihat influencer lain yang mempromosikan aplikasi judi sehingga mampu membeli kereta mewah.

Judi 1 Judi 2

Min respect Tun Laila punya prinsip!

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.