in

“Depa kurang sikit adab” – Influencer Cerita Pengalaman Kena Pandang Rendah Dengan Orang Korea

Korea 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini pernah viral video seorang influencer dari Malaysia yang dilayan buruk oleh pekerja dari Korea Selatan ketika sedang memakai hanbok.


Semalam, influencer yang sama iaitu Bella Park berkongsi satu lagi pengalaman pahit ketika melancong ke Korea Selatan.

@bellapark1310

bukan semua tak elok ja taw yang bella dapat. yg baik yang elok banyak ja. cuma tu lah kena akui memang depa kurenggg sikit adab,pandang kita macam takdak duit hahahahah. tak leh deny lah yang ni. maap cakap.

♬ Comical, fun, cute, video background music(1124511) – Lill Lilly

Kena kutuk depan-depan

Bella berkata, dia dan rakannya berada di Pulau Jeju dan mereka ingin menggunakan servis urutan kaki di tempat itu. Sewaktu itu, kaki mereka diurut oleh dua orang pekerja yang sudah berusia.

Walau bagaimanapun, mereka terdengar perbualan dua orang pekerja tersebut yang berkata,

Hitamnya (kaki).. hitamnya. Muka dia ni cantik, bentuk muka kecil tapi sayang hitam gila!

Mujur Bella dan rakannya memahami Bahasa Korea, Bella terus menegur pekerja itu dan memberitahunya bahawa mereka faham apa yang diperkatakan.

Dua orang pekerja itu terkejut lalu memuji Bella berkali-kali bagi menutupi kesalahan mereka.

Artikel berkaitan: “Dia kepak tangan aku” – Terkedu Pekerja ‘Kasar’ Influencer Kongsi Pengalaman Pakai Hanbok Di Korea

Artikel berkaitan: Gara-gara Tak Bawa Pasport Lama, Wanita Kongsi Pengalaman Terpaksa Balik Semula Ke Malaysia Lepas Ditahan Imigresen Korea

“Kebanyakan Malaysian tak cantik..”

Selain itu, Bella juga pernah ditanya dia berasal dari mana oleh seorang pekerja sebuah butik di Korea. Apabila Bella memberitahunya dia dari Malaysia, pekerja itu terkejut lalu berkata,

Pelik kan? I selalu jumpa orang Malaysia tapi kebanyakannya tak cantik.

Explain video pakai hanbok

Video Bella dilayan kasar oleh pekerja ketika memakai hanbok telah viral namun ada netizen yang memberi kecaman kepadanya.

Nak kata dia badmood sebab ramai orang, kedai tu ada kami enam orang sahaja. Kalau sebab kena record, dia badmood… tak.. saya seorang sahaja yang record, lagi lima orang kawan saya tak record. Still dia treat macam tu sekali.

Namun begitu, Bella menyimpulkan bahawa bukan semua orang Korea berperangai seperti itu. Dia hanya menceritakan pengalaman buruk berjumpa dengan orang sebegitu dan jangan jadikan kisahnya ini sebagai kayu ukur untuk tidak melancong ke mana-mana.

Para netizen di ruangan komen turut menceritakan pengalaman mereka melancong ke Korea Selatan.

Korea 1 Korea 2 Korea 3

Sumber: TikTok

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.