Seperti yang kita sedia maklum, kisah mengenai bekas model dan pelakon Zahnita Wilson telah menarik perhatian ramai apabila dia mendedahkan kisah sedih di sebalik kehidupannya yang sekaligus membuat ramai bersimpati.
Kisah dirinya yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga yang selama ini dirahsiakan itu turut membuat ramai rakan artis sebak sehinggakan ramai yang memberi kata-kata semangat dan sokongan.
Namun begitu, timbul pula satu kes yang kurang sedap didengar apabila ada individu yang mendakwa dirinya sebagai bekas rakan kongsi perniagaan Zahnita mendedahkan kisah sebaliknya.
Artikel berkaitan : “Mungkin kerana saya hilang arah” – Zahnita Dedah Pernah Alami Kemurungan Teruk
Artikel berkaitan : “Ada perancangan sebab terlalu rindu” – Zahnita Wilson Mahu Kembali Ke Dunia Peragaan
“Kami tak buka mulut tak bermakna kami takut”
Dalam satu hantaran di media sosial, wanita tersebut mendakwa tindakan Zahnita Wilson ini sudah menyimpang jauh kerana ia telah memberi kesan terhadap pendapatan suami dan anak-anak disebabkan drama ini.
Menurut wanita ini, dia antara individu yang terawal menyumbang kepada perbelanjaan Zahnita untuk keluar dari rumah suaminya. Bahkan, dia mendakwa yang Zahnita telah merancang tindakan ini sudah lama, sejak sebelum kes dirinya tular lagi.
“Dia dah rancang lama, sebelum dia viral lagi. Ya, dulu saya pun naif percaya dengan kisah dia.”
Katanya lagi, dia mendakwa Zahnita putar belit cerita selepas bekerjasama dengannya pada Ogos 2024 hingga Februari 2025.
Tak cukup dengan itu, wanita ini mendakwa dia tahu kisah sebenar disebalik kejadian yang menimpa Zahnita dan merumuskan bahawa segala perkara yang diceritakan oleh bekas model tersebut dikatakan ‘kisah dongeng’. Boleh baca selanjutnya di bawah ini.
Dengan kenyataan terbuka yang diberikan ini, wanita tersebut tidak gentar untuk berdepan dengan tindakan saman demi mempertahankan nasib ketiga-tiga anak bekas model itu dan seorang lagi yang ‘istimewa’.
Alamak, nampaknya kes ini masih belum berpenghujung, timbul plot twist lain pula?
Sumber : Instagram