Rasa bangga dengan kejayaan yang diperoleh negara sendiri itu adalah sesuatu yang bagus kerana ia mempamerkan nilai patriotisme yang tinggi di dalam diri seorang individu yang cintakan tanah airnya.
Namun rasa bangga dan cinta terhadap negara juga tidaklah sepatutnya membuat kita mencemuh negara lain dan membandingkan ia dengan negara sendiri.
Dalam satu perkongsian di Threads, tular satu posting dari seorang netizen Thailand yang mengatakan bandar Bangkok, Thailand ternyata 400 kali lebih maju dari Kuala Lumpur.
Individu ini kemudian menayangkan beberapa keping gambar menunjukkan keindahan Bangkok yang kelihatan sangat moden dan dipenuhi pencakar langit yang hebat.
View on Threads
Artikel berkaitan: Kuala Lumpur Diiktiraf UNESCO Sebagai ‘City of Design’
Artikel berkaitan: Bangkok Kini Dah Tukar Nama Kepada Krung Thep Maha Nakhon
“Terpaksa lari ke Singapura untuk hantar komen ini, di Malaysia tak ada internet” – Netizen
Seperti yang ramai mengagak, posting yang berunsur ‘rage bait’ ini kemungkinan besar menerima pelbagai komen kecaman daripada netizen.
Namun sangkaan netizen meleset apabila komen yang diterima individu ini ternyata lucu, penuh sindiran dan sehingga ada yang bersetuju dengan ‘kebenaran’ yang diutarakan posting tersebut.



Walau bagaimanapun, ada juga di kalangan netizen menerima perbandingan itu dengan hati terbuka dan mengatakan bahawa setiap bandar di dunia mempunyai kehebatan dan keunikan mereka tersendiri.
Sebagai info, Bangkok atau nama rasminya Krung Thep Maha Nakhon ialah ibu negara Thailand yang terletak di sebelah timur tebing Sungai Chao Phraya, berdekatan dengan Teluk Thailand.
Bangkok mempunyai kepadatan penduduk lebih 8 juta orang bersamaan 12.6 peratus dari negara ini. Selain menjadi tempat pertumbuhan ekonomi, Bangkok juga merupakan destinasi pelancongan popular dunia termasuklah bagi rakyat Malaysia sendiri.


Manakala Kuala Lumpur pula, seperti yang semua sedia maklum merupakan ibu negara Malaysia yang diduduki lebih 2 juta penduduk pada tahun 2024. Ia menempatkan bangunan ikonik penting negara seperti Parlimen Malaysia, Menara Berkembar Petronas, Tun Razak Exchange dan Merdeka 118.
Kuala Lumpur juga pernah menjadi tuan rumah kepada acara berprestij seperti Sukan Komanwel 1998, SEA Games 2017 dan Sidang Kemucak ASEAN yang diadakan baru-baru ini.
Sumber: Threads
