in

Individu Bawa Rokok Dalam Baju Atau Seluar Sebelum 2 Petang Akan Diberi Notis – JAIM

Collage 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perokok-perokok tegar sila ambil perhatian!

Baru-baru ini, Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) mengatakan bahawa umat Islam yang membawa rokok di dalam poket pakaian sebelum jam 2 petang bakal diberikan notis.


Memetik laporan dari Kosmo, Pengarah JAIM Datuk Che Sukri Che Mat mengatakan umat Islam yang dikesan membawa rokok di dalam poket seluar atau baju sebelum pukul 2 petang akan dikenakan notis meminta untuk hadir ke pejabat bagi tindakan peringatan.

“Kita bukan nak saman”

Rokok

Menurut Che Sukri, peringatan ini dibuat supaya tidak berlakunya kejadian ponteng puasa kerana membawa rokok di dalam poket pakaian.

Kita akan buat pendekatan di peringkat penguat kuasa operasi, kita akan bagi notis kepada pelaku untuk ke pejabat dan diberikan nasihat yang sepatutnya.

“Kita bukan nak saman dia, ini hanya sebagai peringatan supaya perkara ini tidak berlaku kerana ia boleh membawa kepada kejadian ponteng puasa.”

Tambahnya lagi, penguatkuasaan ini dibuat kerana ramai umat Islam yang membawa rokok di dalam poket tapi mendakwa puasa.

Dalam operasi hari ini, seramai dua individu dikesan membawa rokok di dalam poket seluar, kita juga boleh bau asap rokok dan percaya individu terbabit tidak berpuasa.

“Namun, bau itu adalah subjektif dan tindakan kompaun tidak boleh dikenakan, malah pelaku juga memberikan alasan tidak menyedari terdapat rokok di dalam poket seluar sama yang dipakainya semalam.”

 

Baca: “Kucing tu masuk dapur makan, saya pun ikut” – Abang Terhibur Dengan Alasan Adik Ponteng Puasa

Cats 101

Sumber: Kosmo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.