in

“Impromptu la katakan” – Tak Nak Kena ‘Kick Out’, Wanita Ini Guna Seluar Dalam Sebagai ‘Face Mask’

Impromptu La Katakan Tak Nak Kena Kick Out Wanita Ini Guna Seluar Dalam Sebagai Face Mask

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semenjak dunia dilanda pandemik COVID-19, penggunaan pelitup muka atau face mask sudah menjadi sebahagian daripada norma baru kehidupan.


No Mask No Entry E1614399162996
Gambar hiasan

Selain itu, banyak juga perniagaan yang mula memaparkan papan tanda meminta pelanggan untuk memakai face mask sebelum memasuki premis mereka.

Di Afrika Selatan, satu kejadian pelik berlaku melibatkan seorang pelanggan wanita di sebuah pasar raya. Difahamkan, individu terbabit telah datang ke premis berkenaan tanpa memakai face mask, lapor Daily Star.

Menurut laporan, wanita itu sudah diminta oleh pengawal keselamatan untuk memakai pelitup muka. Namun, pelanggan terbabit menjawab dia tidak mempunyai face mask bersamanya.

Afrika Selatan E1614399235786

Selepas diugut akan dikeluarkan dari pasar raya terbabit, wanita itu terus membuka seluar dalam sebelum menyarungkannya di kepala sebagai pelitup muka impromtu.

Yes, korang tak tersalah baca. Dia memang pakai underwear dia sebagai face mask.

Difahamkan, insiden itu berjaya dirakam dan videonya telah tular di Internet. Rata-rata netizen memberikan respon kurang senang dengan tindakan pelanggan wanita itu.

Seorang pengguna Facebook menulis, “Jika anda ada masalah untuk memakai ‘face mask’, duduk di rumah dan lakukan pembelian ‘online’ saja.”

Ada pula yang menulis, “Dia tak sepatutnya dibenarkan masuk ke kedai itu pada mulanya. Sungguh menjijikkan!”

Pun begitu, tindakan pelanggan wanita menggunakan seluar dalamnya sebagai face mask kecemasan itu menerima beberapa respon positif orang ramai yang memuji tindakan pantasnya.

Perdana Menteri Afrika Selatan E1614400384828

Untuk pengetahuan, pada Disember tahun lalu, Presiden Afrika Selatan Cyril Ramaphosa menegaskan bahawa tidak memakai pelitup muka adalah kesalahan jenayah.

“Jika sabit kesalahan, individu yang tidak memakai pelitup muka boleh berdepan hukuman denda atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Apa komen korang tentang perkara ni?

Sumber: Daily Star

Baca: “Siap provok dengan pisau lagi”- Polis Tembak Mati Warga Emas Sebab Degil Tak Nak Pakai ‘Face Mask’

Feat 6 E1614398880162

Sumber: WAMU
Sumber: Daily Star
Sumber: EWN

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.