in

Imbau Nostalgia Masakan Kampung, Banglo 289 Tawarkan Menu Eksklusif Dalam Bufet Ramadan 2026

ft banglo 289

Restoran makanan asli Melayu terkemuka, Banglo 289, kembali memeriahkan suasana Ramadan tahun ini dengan memperkenalkan konsep Bufet Ramadan 2026 yang mengangkat tema “Traditional Kampung Dishes with Soul and Journey”.

Menerusi sesi previu khas yang diadakan di cawangan ikoniknya di Jalan Raja Chulan, Banglo 289 menampilkan barisan menu eksklusif yang jarang ditemui dalam kebanyakan bufet Ramadan lain.

Antara tarikan utama termasuklah hidangan daging rusa yang dikekalkan untuk tahun ketiga berturut-turut, serta pelbagai ikan sungai ‘rare’ dari Pahang seperti ikan krai, jelawat, patin, dan baung.

9454D3B4 A9A3 4083 8B7B 7D6A0ABD11F1

Ketua Pegawai Eksekutif Banglo 289, Shareen Farzida Sukri, menyatakan bahawa penggunaan bahan premium seperti udang mantis, mentarang, dan udang galah segar bertujuan memberikan pengalaman berbuka puasa yang lebih bermakna dan eksklusif kepada pelanggan.

“Bufet Ramadan bukan sekadar tentang kuantiti makanan, tetapi tentang rasa, kualiti dan pengalaman. Kami mahu setiap tetamu pulang dengan kenangan rasa yang mengingatkan mereka kepada masakan kampung” 

Selain keunikan menu tersebut, pelanggan tetap akan disajikan dengan hidangan klasik Melayu seperti masak lemak, asam pedas, panggang berempah, dan pelbagai kuih-muih tradisional yang dimasak segar tanpa bahan diproses.

D68A8BD1 239F 485B B076 0FAF878E5628

FC6CDAA6 8D65 4C0B 9EDD 70D655D31A01

Dalam pada itu, sejajar dengan sambutan hangat yang diterima sejak penubuhannya pada tahun 2022, Banglo 289 turut mengumumkan perancangan untuk membuka cawangan keempat di KLIA2 dalam masa terdekat.

Langkah ini dilihat bertepatan dengan aspirasi Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) dalam mengetengahkan warisan kulinari negara sebagai tarikan pelancong antarabangsa.

Bagi tahun 2026, Bufet Ramadan Banglo 289 akan tersedia di tiga lokasi utama iaitu:

  • Banglo 289, Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur
  • Banglo 289, Elmina Lakeside Mall, Shah Alam
  • Banglo 289, IOI City Mall, Putrajaya

Orang ramai berpeluang menikmati tawaran harga tempahan awal (early bird) serendah RM95 seorang atau diskaun sehingga 20 peratus untuk tempoh terhad. Maklumat lanjut boleh didapati melalui laman web rasmi Banglo 289 atau akaun Instagram @banglo_289.

Sumber: Banglo 289
Sumber: Banglo 289
Sumber: Banglo 289