in

“I’m so sorry” – Lelaki Tampil Minta Maaf & Beri Penjelasan Sebenar Lepas Kecoh Isu Berpakaian Kurang Sopan Di Anime Fest

Page Cosplay

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa hari lepas, kecoh tentang isu lelaki berpakaian kurang sopan demi untuk merealisasikan watak cosplay di Anime Fest dan festivalnya telah diadakan pada Paradigm Mall Petaling Jaya selama lima hari.


Ini kerana, salah satu gambar lelaki yang berpakaian seperti orang gaji atau ‘maid’ telah mengundang pelbagai kecaman dan juga kritikan netizen di media sosial dengan mengatakan bahawa pemakaian tersebut tidak sesuai untuk tontonan umum.

New

Bukan itu saja, beberapa cosplayer yang lain juga menyuarakan rasa kurang senang mereka apabila kejadian ini berlaku walaupun pihak penganjur iaitu Comic Fiesta telah menerangkan garis panduan pemakaian untuk festival tersebut.

“I dah jadi cosplayer since 2015 tapi seeing this, buat I rasa geram. Memalukan” – Luah cosplayer di Twitter

“Takde niat langsung…”

Sebaik saja, isu ini ditulis oleh Lobak Merah, seorang lelaki dipercayai merupakan salah seorang cosplayer yang mengenakan pemakaian orang gaji itu telah tampil untuk membuat permohonan maaf atas tindakannya.

Difahamkan, sebab utama dirinya menghubungi Lobak Merah adalah kerana dia telah menerima pelbagai kritikan negatif sehingga menerima ugutan bunuh. Oleh sebab itu, dia mengambil keputusan untuk menerangkan hal sebenar.

“Saya ingat baju saya tak seksi pun sebab hanya bahagian collarbone je yang saya tunjuk dan saya hanya meniru gaya comel kucing” – Ulas lelaki itu

Tegasnya lagi, pemakaiannya itu hanya bertemakan goth maid manakala ekor dan telinga serigala diinspirasikan oleh watak Legoshi dari siri anime kegemarannya iaitu Beastars. Menurutnya, dia tiada niat untuk menimbulkan unsur-unsur seksual.

Cosplay 3

Di hujung perbualan lelaki ini bersama Lobak Merah di direct message (DM), dia turut berjanji untuk lebih berhati-hati dan menjaga batas dalam pemilihan pemakaian watak anime selepas ini supaya isu ini tidak akan berulang.

Dia pun dah minta maaf tu… Tak salah nak jadi cosplayer watak anime, jadi min harap lepasni jangan ulang lagi okay?

Baca: Tak Senonoh, Lelaki Berpakaian ‘Maid Seksi’ Di Anime Fest Buat Ramai Bengang?

Untitled 2 5

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.