Biarpun tidak dilahirkan sempurna seperti anak-anak lain, namun kesungguhan kanak-kanak autisme umur 11 tahun yang dikenali sebagai Aryan ini dilihat mempunyai bakat dan keunikan tersendiri.
Menerusi Threads, ibunya Arlizha Arip kongsikan hasil tulisan khat yang dibuat oleh anaknya. Katanya, anaknya itu suka berlatih tulisan khat sehingga kemahiran anaknya itu semakin baik.
Artikel berkaitan: Khatib Tertinggal 1 Daripada Rukun Khutbah, Solat Jumaat Di 16 Masjid Sekitar Rembau Tidak Sah
Artikel berkaitan: “Tak dibius” – Wanita Kesal Bawa Berkhatan Cara Tradisional, Anak Alami Pend*rahan Teruk Selepas Bersunat
“Pantang ada masa lapang, mesti berlatih. sekarang tulisan dah makin smooth, bentuk tulisan khat pun makin tajam.”
Kata ibunya yang tinggal di Rawang kepada Lobak Merah, anaknya, Aryan atau sebenarnya Muhammad Aryan Azhad mula meminati tulisan khat ini pada tahun lepas. Aryan secara tiba-tiba memintanya untuk belikan alat-alat sedangkan anaknya tidak bersekolah agama.
“Anak saya start minat tulisan khat dari tahun lepas, tiba-tiba je dia minta saya belikan pensel khat. Dia tak pergi sekolah agama, alat-alat untuk tulisan khat memang tak pernah beli.”
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen begitu kagum dengan kebolehan Aryan kerana bagi mereka untuk mendapatkan hasil tulisan khat yang cantik seperti itu, ada yang mengatakan mereka makan masa bertahun untuk mendapatkan hasil.
Selain itu, ramai yang meminta agar ibunya sentiasa berikan dorongan buat Aryan untuk menggilap bakat anaknya itu.

Sumber : Threads
