in

“Ikut mak angkat…” – Lelaki Akhirnya Selamat Pulang Ke Keluarga, Lepas Setahun ‘Hilang’ Akibat Disihir

Page Sihir

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kes sihir atau terkena buatan orang ni, boleh dikatakan masih lagi kerap berlaku walaupun kita dah pun masuk tahun 2022.


Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila seorang lelaki akhirnya selamat pulang ke pangkuan keluarga selepas setahun ‘hilang’ dipercayai akibat terkena sihir oleh wanita yang dikatakan ‘mak angkat’.

Perkongsian kisah lelaki tersebut telah dikongsikan di Twitter apabila dia ditemui dengan bantuan penduduk dan pihak polis dari Batu Pahat, Johor.

Kejadian itu difahamkan berlaku apabila lelaki tersebut kerap bertegur dengan wanita yang dipercayai melakukan sihir kepadanya di sekitar kawasan kerjanya di Puchong sebelum diberikan nombor telefon dan juga nasi pada hari ketiga.

“Cuba mengelak dari kami & tidak bercakap”

Sejak itu, lelaki tersebut dikatakan berubah sikap apabila tidak bertegur dengan ahli keluarganya selain mengelak dari mereka sebelum bertindak mengemas baju serta dokumen penting untuk ke Batu Pahat.

“Tanya banyak kali baru cakap nak ke Batu Pahat, Johor. Nak kerja kat rumah mak angkat yang baru dia kenali” – Ujar ahli keluarga

“Makan nasi dengan bawang, sorok-sorok”

Selepas pemergiannya ke Batu Pahat, difahamkan lelaki ini sukar untuk dihubungi dan sentiasa patuh dengan arahan wanita tersebut yang menyuruh dirinya berjauhan dengan keluarga. Malah, keadaannya dikatakan tidak terurus sejak tinggal di Johor.

Twt 1

Bukan itu saja, sebaik saja lelaki ini dapat dikesan oleh pihak berkuasa, baki duit dalam bank akaunnya hanya tinggal berbelas ringgit berbanding dengan jumlah gaji yang dikatakan lebih kurang RM2,000 sebulan.

Kini, keadaan dirinya difahamkan beransur pulih dan sedang berada dalam fasa berubat dengan rawatan Islam untuk buang segala ‘benda kotor’ yang diberi makan selain mengembalikan ingatan tentang keluarganya.

Allahu… Korang janganlah buat main benda-benda sihir ni okay? Boleh buat mudarat untuk diri sendiri nanti…

Baca: Chef Ammar Tutup Bazar Cawangan USJ 4 Sebab Kena Sihir?

Untitled 1 8

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.