Bumi Australia yang cukup unik dengan kepelbagaian flora dan fauna sudah tidak asing lagi dalam kalangan orang Malaysia. Ramai yang pernah ke Australia untuk bercuti, belajat dan menetap di sana.
Tapi korang tahu tak pasal kewujudan satu tempat di Australia yang namanya menggunakan Bahasa Melayu? Haa ni admin nak bagitahu pasal satu tempat bernama Tanah Merah di Australia. Kalau korang tak percaya, korang boleh tengok thread oleh @ErenaTakeuchi kat bawah ni
Bukan Kelantan je ada Tanah Merah
Admin baru tahu ada nama tempat Tanah Merah dekat Australia. Selama ni ingatkan nama-nama Inggeris je, rupanya ada gak nama tempat guna bahasa kita. Apa sejarah di sebalik nama tu kan?
Oh nama asalnya Slacks Creek. Founder tempat ni pernah tinggal kat Penang rupanya.
Wow besar tu 700 hektar lebih. Entah berapa ekor pulak lembu yang dorang ternak kan. Memang hebat lah adik beradik ni.
Nama jalan pun ikut nama Melayu. Mesti orang-orang Indonesia yang bagi nama tu. Admin paling suka Abang Drive tu. Menarik nama dia.
Style weh Mat Salleh letak nama tempat ikut Bahasa Melayu. Harap nanti nama tempat kat Malaysia guna Bahasa Melayu klasik pulak ye. Baru stail.
Baca:”Tak pernah tahu pulak” – Katanning Komuniti Minoriti Melayu di Bumi Kangaru