in

“Igt kat semenanjung xde buaya macam ni” – Lelaki Terkejut Tengok Buaya Besar ‘Lepak’ Tepi Sg Linggi

Buaya Besar Di Sg Linggi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau bercakap tentang buaya yang besar dan menggerunkan ni, mesti kebanyakan kisah datangnya dari negeri Sarawak kerana mempunyai antara sungai terpanjang di Malaysia.


Namun video yang dimuat naik pengguna TikTok @irfanbendanial baru-baru ini mengejutkan netizen apabila dia dilihat merakam seekor buaya yang dilihat sedang ‘melepak’ di tepi muara Sungai Linggi.

Menerusi video tersebut, si perakam yang menaiki bot terkejut apabila melihat seekor buaya yang berada di tebing sungai berkalih ke arahnya, sebaik saja dia menegur haiwan itu bersaiz agak besar dari kebiasaan dilihatnya.

@irfanbendanial

Buaya besar kt muara linggi. Korang ingt kt semenanjung x de buaya mcm ni ke hehe #fyp #fypシ #buaya #melaka #n9 #viral

♬ original sound – Irfan Danial – Irfan Danial

Ya Allah besarnya dia. Buaya tengah tersadai ni. Gemuknya! Ya Allahhh hai besar!” kata si perakam video.

 

“Penjaga sempadan Sungai Linggi” 

Menerusi komen seorang bekas wartawan di TikTok, dia berkongsi pengalamannya membuat laporan TV3 berkenaan kisah di Sungai Linggi itu.

Menurutnya, terdapat beberapa ‘penjaga’ (buaya) di sempadan Sungai Linggi dan mereka ini dianggap ‘ketua’ sekitar tahun 2013/2014 dulu.

Kisah 1

Namun tambahnya lagi, ada seekor buaya di situ sudah mati dan ketika menjumpai bangkainya, kebanyakan bahagian dalaman buaya itu sudah ‘hilang’ seperti gigi, lidah dan lain-lain. Kemungkinan besar orang mengambil bahagian itu untuk dibuat tangkal.

Penjaga Buaya

 

“Rasa macam kena kejar” 

Dalam pada itu, rata-rata netizen yang melihat video tersebut merasa gerun dengan buaya itu dan mengaitkan ia dengan kisah mistik.

Namun ada juga yang sempat bergurau mengatakan tak baik ‘bodyshaming’ buaya tersebut dengan memanggilnya gemuk.

Komen Buaya Besar

Kalau min jadi abang tu dah lama dah speed bot tu laju-laju. Takuttt! 

Baca: “Orang banyak kerja la!” – [VIDEO] Lelaki ‘Sound’ Buaya Sebab Kacau Nak Bersihkan Kandang

Bersihkam Kandang

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.